JANGAN JADI ANAK DERHAKA!

J

Masa mula-mula aku jejak kaki ke bumi kangaroo, aku taktau nak belikan apa untuk mak aku. Tahun pertama, aku hantar kulit kangaroo supaya mak aku dapat feeling rasa pegang kangaroo. Nak bawa mak datang, memang tak mampu time tu.

Mak aku pernah satu kali cakap,

“Lep, tolong tengok-tengokkan Corelle kat sana, murah tak? Orang kata kat sana murah..”

Jadi aku pun ke BigW untuk tengok harga Corelle set, AUD29 je, cerita 13 tahun dahulu lah. Aku tanya mak aku di Malaysia berapa harga?

Mak aku jawab,

“RM450 untuk set bulat dan RM550 untuk set petak!!!”

Aku pun beli 2 set Corelle Kobe petak untuk mak aku dan aku hantar tumpang kontena kawan aku yang nak balik Malaysia. Bila sampai Malaysia, jiran-jiran mak aku pun nak juga. Jadi aku suruhlah mak aku jual kepada kawan-kawan dia, untung dengan modal aku kasi mak aku. Dari aku bagi duit, aku hantar barang yang boleh convert duit extra. Mak aku kasi hutang bayar sebulan RM50. Berapa bulan entah habis..

Lepas kawan-kawan mak aku pun pakai Corelle, aku rasa elok aku upgrade sikit pinggan mak aku. Jadi aku belikan dia set Noritake pula. Terkejut mak aku tengok Noritake, dia cakap,

“Kalau cantik macam ni, makan nasi dengan kicap pun dah rasa sedap!”

Jadi sempena hari ibu tahun ini, aku nak lengkapkan set Noritake mak aku dengan cutlery set Noritake pula! Biar makan nasi dengan kicap bersama sudu dan garfu Noritake.. Confirm lagi sedap! Lagipun mestilah kasta mak aku lebih dari isteri-isteri aku, isteri-isteri aku pakai brand Witshire je..

Sebelum aku ke Mitsui, aku browse dulu kat Ifmal, mana tau ada vendor Noritake offer kan. Sekali memang ada lah! Set cutlery ni aku riki-riki harga dalam RM2000* market value. Vendor ni nak tolak RM850 sahaja!

Nah, kau tengok sini..

https://ifmal.com/product/noritake-cadiz-56pce-cutlery-set/…

Jadi aku angkat satu untuk mak aku. Korang yang sembang sayang mak, tapi sibuk belikan bini handbag jurulatih, LV, Gucci, Prada bagai.. Apa kau bagi kat mak korang? Apa beg jurulatih tu? Coach la! Selagi kau masih melebihkan bini dari mak, sesungguhnya kau anak derhaka! Ya, anak derhaka!

Sebab aku tak dapat beraya dengan mak aku tahun ni. Sempena hari ibu ini. Set Cutlery Noritake untuk mak aku! Siapa nak join aku?!

Selamat hari ibu!

Apabila Nabi ditanya, siapakah orang yang harus kita berbuat baik, Nabi menjawab,

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

[Riwayat Muslim (2548)]

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.