jangan jadi lebai yang suka menonton filem!

j

Semalam gua tertinggal handbag gua. Tapi taktau kat mana gua tertinggal.

Dalam handbag gua ada 3 benda penting dan yang paling penting ada passport gua.

Ya, gua boleh fly at anytime. Jadi jangan cabar gua macam si TB Mahmud Jumaat.

Tak perlu minta izin bini, polis atau bank negara macam ceo bankrap buat ponzi gelang ajaib tu.

Gua guna apps Tiles untuk check location terakhir. Bagus weh Tiles ni! Setelah lokasi dikenal pasti, gua terus memandu Evo-Gsr-Wira gua ke tempat tersebut. Kereta gua telah menumpaskan sebuah Vtec poyo yang cuba mencabar kehebatan kereta dan pemandu di dalamnya ketika dalam perjalanan ke lokasi terakhir handbag gua!

Harapan gua hanya 5% saja orang tak rembat sebab pengalaman gua tertinggal barang di Malaysia hatta di masjid berakhir dengan sumpah laknat terhadap mereka yang ambil harta gua. Gua hanya memikirkan apa alasan gua nak buat polis report supaya tak kena denda untuk pembikinan passport baru nanti.

Lepas sampai di lokasi. Gua scan bag gua, ada di kawasan tersebut. Terus ke kaunter, gua tanya ada jumpa bag? Terus adik tu kata ada. Gua tanya, siapa yang jumpa, adik tu jawab,

“ada lelaki India..”

Just nak bagitaulah kat lu orang semua,

1. Malaysia masih aman.
2. Masih ada manusia amanah.
3. Kaum India bukan penyamun.

Sepanjang gua duduk tinggal di Australia lebih kurang 10 tahun, rumah gua di Australia pernah dipecah masuk, kontena dirembat dan hati gua juga pernah dicuri.

Kesimpulannya, jangan jadi lebai yang suka menonton filem!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.