Ada 1 ejensi kerajaan. Ada 60 orang dalam IT department. Tapi, takda sorang pun competant untuk coding, even setup server dan hosting.
Mereka ialah user, kami ialah developer. Mereka sepatutnya yang bagi requirement, bagi specs, bagi flow. Kami develope. Kami faham, bincang harga, kami setuju, kami develope. Itu asasnya.
Tapi bila user suruh kami buat specs, kami buat requirement, kami buat flow. Macam kami pula user. Kami mana tau apa diorang nak. Diorang patut tahu apa diorang nak.
Jadi, aku tertanya-tanya. Apa guna diorang hire sampai 60 orang kalau nak buat requirement, specs dan flow pun tak pandai?
Ah, memang aku kena jadi PM la macam ni!