JUSTICE FOR BELLA

J

#JUSTICEFORBELLA
#JUSTICE4BELLA

Perbicaraan tuntutan keadilan adik Bella terhadap sang pendera akan bermula ESOK!

Esok, 30/3/2022 sampai 15/4/2022, Mahkamah Syeksen Jenayah 7, tingkat 3, Mahkamah Kuala Lumpur. Mahkamah terbuka. Jemputlah hadir memberi sokongan!

Aku telah tulis satu puisi untuk kisah tragis adik Bella, untuk pertama kalinya aku siarkan. Aku telah tunjuk bait-bait yang aku garap ini kepada seorang sahabat aku, dia kata dia akan buat something dengannya.

Aku namakan ia Parut Jiwa. Kenapa? Luka itu bisa sembuh, tetapi parut akan kekal. Jika parut pada kulit boleh sembuh, parut pada jiwa kekal selamanya kesakitan yang pernah dirasai.

-PARUT JIWA-

Tubuhnya luka dipenuhi nanah,
penuh parut yang tidak dikisah,
seakan air didih disimbah dicurah,
pasti jiwa nuraninya retak dan pecah.

Dia tidak pilih untuk disiksa,
tidak juga diminta lahir ke dunia,
siapa dia bukan urusan utama,
itu lantera amanah kita bersama.

Langkah kakinya mencari harapan,
mendamba sinar cahaya kehidupan,
jari jemarinya cuba menggapai impian,
sungguh malang disahut tangan syaitan.

Ya, syaitan buntal berkedok insan tulus,
bukan tulus mulus, tapi tulus kerna fulus,
berjalan megah bongkak sang politikus,
walau tubuhnya gempal tapi jiwa menikus.

Air mata darah mengalir kering,
bagai pohon tiada daun dan ranting,
berdiri gagah tanpa pendamping,
hanya doa yang sentiasa diiring.

Mungkin di sini dia menangis,
jeritan tanpa suara penuh sadis,
tidak diadili penguasa berotak najis,
dia terbang ke syurga, kau kan mati tragis.

-Tamat-

Mohon doakan perjalanan kes berjalan lancar, tidak diganggu sang syaitan gila. Doakan juga para pendakwa dan hakim kekal dalam keadilan.

Semoga #JusticeForBella menjadikan keadilan itu milik kita bersama, bukan penguasa dan fulus.

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1341968759601254

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.