Kaedah tersebut bermaksud,
“bukti ke atas dakwaan..”
Sama ada memang salah faham, atau sengaja tunggang untuk menyelamatkan diri, buat-buat tak faham..
Contoh 1 :
Seorang pondan yang mengaku dia seorang wanita. Ramai orang tahu. Tapi tiada bukti dalam bentuk dokumen (PDPA) atau persaksian (melihat dia ada telur) atau laporan doktor (etika). Perlu disahkan segala pembuktian itu.
Dalam hal ini, kaedah syarak membenarkan kita menyoal untuk dia membuktikan, kerana dia claim dia seorang wanita. Jika nak tunggu segala bukti itu terkumpul, habislah tandas dan saf wanita dia redah masuk.
Takkan nak biarkan pondan itu kata, “buktikan aku ni lelaki dulu.. Buktikan.. Buktikan.. Saya ni tulen bang.. Tulen bang.. Bukan tiruan..”
Contoh 2 :
Seorang pelabur yang telah tersontot duit orang kata duit yang kawan dia laburkan itu masih ada dalam simpanannya dan masih dalam pelaburan.
Bagaimana cara mangsa (kawan itu)nak buktikan? Sudah pasti dia minta untuk melihat account bank atau apa-apa bukti yang menunjukkan wang itu masih ada.
Takkan nak biarkan si penipu tu cakap,
“Duit kau ada ni. Kau buktikan dulu duit kau dah ghaib.. Buktikan!”
Contoh 3 :
Ini contoh klasik yang biasa aku bawa. Kisah Imam Bukhari nak masuk Baghdad. Dia dihalang oleh 10 orang ulama’ hadis.
10 ulama’ hadis itu menguji Imam Bukhari untuk membuktikan dia layak masuk ke Baghdad untuk mengajar. Imam Bukhari dengan steady je jawab dan buktikan apa yang 10 orang ulama’ Baghdad tu minta.
Takda pula Imam Bukhari kata,
“Korang buktikanlah apa yang aku ajar salah. Buktikan aku tak layak mengajar. Buktikan dulu. Kaedah kata albaiyinah ‘ala mudda’i..”
—-
Jadi apa aku nak sampaikan, kaedah usul fiqh itu bukan boleh diapply secara literal tanpa melihat konteks yang satu hala sahaja.
—-
Buat guru-guru saham, janganlah marah. Aku ajar benda yang betul untuk masyarakat tidak ditipu.
Kalau betul kau seorang trader berjaya, kau layaklah mengajar. Buktikanlah. Tapi kalau kau sendiri trader gagal, apa kau nak ajar? Ajar orang jadi gagal macam kau?
Buat masyarakat, aku dah banyak kali ulang. Sebelum bayar dan berguru, minta trading history 2-3 tahun (p&l) dari bakal guru supaya kau boleh tengok adakah dia benar-benar seorang trader dan untung bertrading.
Kalau dia taknak bagi, mintalah dia buat backtesting untuk 1 tahun sistem dan strategy dia. Kalau dia taknak buat juga. Kau mintalah tips, out of total tips dia bagi berapa untung, berapa rugi. Lagi besar sample lagi power. Ini statistic.
Jangan belajar dengan dia kalau dia taknak buktikan dengan kaedah yang aku ajar tu. Kalau dia sendiri pun sontot, kau nak belajar apa dengan dia? Belajar ilmu tersontot?
Nak belajar juga? Silakan..
Duit kau kan?