SIFU-SIFU SAHAM TAK PANDAI NAK BUAT BACKTESTING?

S

Meh sini, aku nak ajar. Ada banyak software charting yang boleh buat backtest. Antaranya Ninjatrader, Multichart dan Tradestation.

Aku guna Tradestation jela since aku memang guna broker Tradestation. Dalam charting software ni biasanya dah ada standard indicator, system dan strategy.

Anyway, demo backtesting yang aku buat ni main-main je. Nama sistem ni Missy Elliot. Strategy ni aku namakan, Kore Kara Minnade. Aku run untuk 1 tahun untuk melihat keberkesanan system dan strategy tersebut. Keputusan dapat kau lihat dalam sheet sebelah.

Step 1 : Masukkan system dengan indicator kau. Memang boleh customize.

Step 2 : Masukkan strategy kau.

Step 3 : Pilih nak backtesting berapa lama, tahun bila.

Step 4 : Run!

Step 5 : Dapat result. Tengoklah jadi ke tak.

—-

Ini zaman technology bro, mana boleh tipu orang dah. Takkan dah jadi sifu, ada sijil bagai, kutip yuran beribu-riban nak buat backtesting pun tak reti..

Semua system dan strategy apa kepala yang diajar dalam buku dan kelas kita boleh backtest untuk check jadi ke tak at the first place. At least kena untunglah. Barulah ada tweaking untuk banyak kan untung atau bagi significant profit.

Ke nak aku buatkan service backtesting untuk korang? Bakmailah apa system korang, Wyckoff ke, RSI DMI ke, Elliot Wave ke.. Kita buat backtest.. Korang sendiri akan tau, it does not work..

https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/pcb.285299562737230/285293342737852/?type=3&theater

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.