Ohya, beberapa hari lalu ramai mesej aku tanya pasal kenapa seorang influencer Tiktok merentan menghina dan menuduh aktivis-aktivis sebagai tua bangka dan sengaja nak buat provokasi terhadapnya.
Kakak influencer yang dihormati,
Tiada siapa yang mengenali kamu. Tiada siapa yang kisah pasal kamu. Tiada siapa yang hairan dengan kamu. Berapa ramai follower kamu pun, bukan urusan kami dan tidak menjadikan apa yang kamu cakap itu benar. Mengerti?
Lebih-lebih lagi apabila kamu mengangkat jemaridi hadapan mahkamah di saat adik Bella menderita kesakitan kerana didera dan dianiaya. Adik Bella ditindas dan dilanyak.
Tidak mengapa kamu mahu bersama dengan sesiapa pun, itu pilihan kamu. Hatta bersama dengan dengan datuk scam, penghina Nabi, si kepam, atau pun tauke arak sekali pun. Tidak mengapa.
Cuma kalau nak gebang tumbuk bagai aku rasa macam dah over pula kan. Taulah masuk team pembela OKT pendera, takkan cepat sangat terpengaruh dengan budaya ganas dan rakus ni.
Cuma aku nak nasihatkan, nak ganas macam mana pun make sure jangan jadi penghina Nabi SAW, pemaki suami dan pencaci bapa mentua. Yang paling penting, kalau nak pergi court, jangan lupa mandi, wangi-wangi dan jangan pakai baju semalam.
Tau?
Cuba korang tanya dia, apa khabar Adik Bella? Kenapa taknak ulas cerita penderaan adik Bella dan drama-drama peguam-peguam OKT?