“KALAU KAU BETUL KAWAN DIA, PANGGIL DIA DATANG SEKARANG!”

Semalam, sahabat aku sorang ni kasitau dia kawan dengan founder PENTAS.io. Aku macam biasalah, skeptikal je.

Aku kasitau dia,
“Kalau betul dia kawan hang, call barua tu mai sekarang.”
(Maaf. Bahasa Penang kasar digunakan.)

Honestly speaking, aku tak kenal siapa founder-co-founder PENTAS.io. Aku cuma tau PENTAS.io sahaja. Platform jual beli NFT milik anak Malaysia.

Member pun call-lah dia dan dia agree untuk datang. Maka, aku cop lulus dekat sahabat itu yang dia memang kawan dia.

Dia panggil Dzariff. Dzariff ni ialah Mo. Tapi semalam dia suruh panggil dia Dalcha, since sahabat aku tu aku panggil Parpu.

Warga baru NFT mungkin tak kenal aku. Tapi seasoned crypto believer mesti kenal aku. Aku nampak semangat lama aku ada dalam diri dia untuk teknologi ini.

Semalam buat julung-julung kali lepak sampai jam 1 pagi dari jam 5.30pm. Berapa gelas air dah habis diminum, toilet digunakan. Entahlah. Yang pasti semua steady.

Daripada cerita pasal financial, blockchain, penyakit TB, scammer dan paling penting, politik. Dalcha ni, kalau aku jadi PM, aku pasti lantik dia jadi menteri khas Penang.

Tapi kalau dia boleh menang balik Penang dari DAP. CM confirmlah. Sebab apa? Dia punya kempen pasal Penang buat aku rasa esok kena mai Penang.

Buat budak-budak yang baru nak berjinak-jinak dengan NFT, boleh cuba-cuba di PENTAS.io. Dalcha suruh kami buat platform create contract NFT.

Nantilah kami fikir-fikirkan..

Kesimpulannya, nasi kandar di KL tak sedap kata mereka secara ijmak. Sampai Penang, jangan keluar hotel, nasi kandaq kami hantaq.

Haria Penang Haria! Thanks Parpu dan Dalcha sampai buat aku mimpi tidur Penang malam tadi!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.