KALAU KITA TAK SALAH, KITA LAWAN!

K

Kemas-kemas laci lama yang dibawa dari Australia, terjumpa sekeping kertas ini.

Kertas ini adalah pembatalan kepada saman polis kepada aku.

Ceritanya begini..

Suatu pagi aku kena saman sebab turn right with care di Regency Road ke Propect Road pada hari Ahad.

Memang traffic light itu selama ini ada turn right with care. So, aku corner je ke kanan, ada polis follow aku tahan dan saman sambil keluar ayat-ayat racist.

Disebabkan rasa tak puas hati dan confident aku tak salah, aku dispute saman tu dan aku hadirkan diri ke mahkamah.

Dalam mahkamah aku argue pasal saman tu tak betul. Aku tak salah. Majistrate tua yang melihat keyakinan aku terus kata dia batalkan saman tersebut.

Kemudian, surat ini dihantar. Cumanya suatu hari aku lalu balik jalan tu, aku terbaca turn right with care except Saturday & Sunday. So, sebenarnya polis tu betul.

Tergelak aku sorang-sorang dalam kereta. Mungkin rezeki aku. Kalau tak saman langgar lampu merah ni AUD450 oi!

Begitulah kisahnya. Walaupun di negara orang. Kita tetap lawan bila rasa kita betul. Sekali rupanya kita salah. Majistrate yang baik hati malas panjang cerita percaya je aku.

Jadi, bila pulang ke Malaysia, di tanah tempat tumpah darah sendiri, apa aku nak hairan. Betapa banyak ugutan aku dapat, saman, LOD, aku hadap jela.

Lawan jela walaupun tak disokong oleh orang Vietnam macam gang PPIM yang masuk PRU sampai hilang deposit yang takda kerja tetap, business psuedoscience.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.