KALAU OKT JENAYAH SEKSUAL ITU TIDAK TULIS CAPTION YANG MEMALUKAN DAN MENJATUHKAN MARUAH PIHAK LAIN..

K

Takdalah taasubit dan walabit akan berfikir dan mengeluarkan kenyataan sebegini.

Kan?

1 kenyataan rambang menyebabkan fitnah dihasilkan. Macamlah orang awam tahu kisah mereka laki bini. Begitu juga OKT tersebut hanya mendengar cerita sebelah pihak. Bukannya tabaiyun 2 belah pihak. Bahkan penceraian bukanlah dosa. Ia juga syariat yang baik diberikan agama apabila tiada apa-apa solusi untuk meneruskan pernikahan.

Ex-suami hanya minta betulkan fakta sahaja yang dia tak tinggalkan isteri dan anak dia begitu sahaja. Pasal dia kata content tu memang betul pun. Siapa tak kenal dia kaki content tunggang kisah derita orang lain.

Open statement yang misleading menyebabkan walabit dan taasubit terus rasa yang mereka tinggal serumah dengan pasangan tersebut. Tahu toilet rumah dia macam mana, tingkap macam mana.

Seolah-olah walabit dan taasubit selalu ber-vc dengan pasangan tersebut di dalam bilik mandi mendengar kisah mereka sambil tersengih-sengih.

Itulah aku dah sebut banyak kali. Orang susah bukan untuk ditunggang, orang miskin bukan untuk dibeli, orang naif bukan untuk dibuli dan orang dhaif bukan untuk di-market-kan.

Mereka juga punya maruah, punya harga diri, punya cerita sendiri, punya masalah sendiri, dan punya privasi yang menjadi rahsia mereka.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.