“KAMI HANYA MENJALANKAN TUGAS, AKTA DAH TERTULIS BEGITU. NAK SALAHKAN, SALAHKAN POLITIKUS YANG GUBAL AKTA-AKTA INI..”

Beginilah, kita ini manusia, bukan robot yang dicode untuk setiasa follow code yang telah diprogramkan. Betul?

Sistem pun, at then kau yang key in ke dalamnya.

Aku suka bagi contoh pegawai polis. Apabila dia ternampak seorang telah melanggar lampu merah, menurut akta dan undang-undang, orang itu kena disaman.

Tetapi, anggota itu boleh tidak menyamannya. Memberikan amaran, teguran atau memberikan budi bicara kerana selepas ditahan nampak dia ada emergency, memang orang tengah susah dan mungkin kesalahan pertama dia dalam beberapa tahun ini.

Adakah tindakan anggota polis itu salah? Tidak! Bahkan dia telah menjalan maksud undang-undang iaitu mencegah kemungkaran dan dalam masa yang sama memberikan budi bicara.

Hal yang sama juga berlaku ketika zaman Nabi SAW, seorang telah ditangkap kerana mencuri. Nabi sebenar mahu perkara itu kalau boleh disettle sendiri adalah lebih baik daripada mengangkatnya kepada ulul amri. Nabi tidak gembira menghukum.

Daripada Abdullah, suatu ketika seorang lelaki datang kepadanya dan menceritakan tentang kejadian di masa Rasulullah SAW, lelaki itu berkata :

“Sesungguhnya orang yang pertama kali dipotong tangan dari kalangan muslimin, adalah seorang lelaki yang dibawa ke hadapan Rasulullah SAW, kemudian dikatakan kepada beliau,

“Wahai Rasulullah, lelaki ini telah mencuri!”

“Kemudian tampaklah kesedihan pada wajah Rasulullah SAW, sebagian sahabat pun bertanya,

“Wahai Rasul, apa yang terjadi denganmu?”

Rasulullah SAW pun menjawab,

“Apalagi yang aku patut lakukan, sedangkan kalian telah membantu syaitan untuk memutuskan hukuman kepada saudara kalian, padahal Allah SWT maha pengampun yang senang memberikan pengampunan, sedangkan seorang waliyul amr, jika sebuah perkara tentang hukum had telah dilaporkan kepadanya, maka wajib dia memutuskannya.”

Kemudian Rasulullah SAW membaca (ayat 22 dari surat An-Nur, maksudnya) dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(HR Ahmad)

Hadis ini disokong dengan satu lagi hadis yang berbunyi,

Daripada Sofwan bin Umayyah bahawa ada seseorang mencuri burdah (kain) kemudian dia laporkan kepada Nabi SAW, kemudian beliau perintahkan untuk memotongnya. Maka dia (Sofwan) berkata,

“Wahai Rasulullah, saya telah memaafkannya.”

Maka beliau bersabda, “Jika sebelum ini anda datang kepadaku wahai Abu Wahab (dia tidak dihukum).”

Maka Rasulullah SAW memotongnya.”
(HR. Abu Dawud dan Nasa’i)

Lihatlah bagaimana Nabi SAW berinteraksi dengan hukum had (hudud) yang menjadi kewajipan. Ia jelas semangat undang-undang itu terbina bukan untuk menghukum, tetapi memaafkan.

Bagaimana mungkin sesuatu undang-undang yang jelas melanggar syariat Allah seperti terdapat unsur riba’, gharar, kezaliman dan penindasan tidak boleh dielakkan oleh seorang muslim. Akta ada banyak, wajibkah kita menggunakannya? Unless nak kejar KPI!

Adakah kita boleh terima anak kita hisap rokok depan kita setelah berusia 18 tahun. Apabila ditegur, jawapannya mudah.

“Ayah, menurut undang-undang, tiada kesalahan apabila seseorang yang sudah berusia 18 tahun untuk merokok. Jangan salahkan adik, salahkan politikus yang membenarkan adik merokok.”

Itu yang terjadi hari ini apabila seorang isteri yang suka membuka aib suami dan memaki suami di sosial media. Walaupun agama Islam dan nilai moral melarangnya. Alasannya mudah,

“Undang-undang tidak melarang aku melakukannya.”

Aku ada pengalaman berdepan dengan pegawai LHDN yang memfitnah aku, aku ajak dia bermubahalah, aku bagitau hukum asal pungut cukai adalah haram. Tau apa dia jawab,

“Dalam bilik saya agama letak luar pintu. Di sini kita guna teknikal dan buku LHDN sahaja.”

Kalam kufur ini lahir dari mana? Siapa ajar? Bagaimana boleh lahir?

Ia lahir dari sebuah indoktrinasi jahat dan zalim untuk menindas rakyat. Bila kita meminta budi bicara, empati dan simpati, dia suruh kita cari politikus. Walhal yang senang jumpa menteri ini mereka, bukan kita.

Ingat, undang-undang negara dicipta untuk kemaslahatan bukan untuk penindasan rakyat!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.