Kami biasanya berlapar dahulu. Aku, Nik Izwan Kamel dan Abu Aisy biasanya akan kebulur dulu. Kasi setel staff-staff, baru kami mengais tengok apa yang tersisa bagi memenuhi perut anak-anak dan isteri-isteri kami.
Maklumlah, bisnes kami kecil-kecilan, takda pRE-IPOH, takda private jet, takda gebang kisah juta-juta. Kami hanyalah semut merah yang kais pagi makan petang, kais petang makan esoknya.
Tapi, kami pegang prinsip apa jadi pun, staff kena diutamakan. Gaji mereka, hak mereka. Kita mesti bayar setiap bulan dan on-time. Walaupun kami meniaga runcit-runcit. Takda juta-juta.
Tapi kalau gaji pekerja pun ada isu, macam mana nak IPO kan. Yang ex-pekerja, korang ngadu kat aku, aku tak boleh tolong. Aku ni orang luar yang takda autoriti. Korang report-lah kepada pihak berwajib.
Kalau hati kental, ambil lawyer, buat press statement. Ya, aku tau ex-majikan korang kaki hantar LOD. Dia gertak je tu. Korang pun tau. Kalau nak bayar gaji pun semput, takkan dia nak saman korang.
Entah-entah dia bayar fee lawyer lagi banyak dari apa yang dia boleh tuntut dekat korang. Tapi takpa bro, kalau korang nak lawan majikan korang.
Korang #TUNTUTdulu! Dekat mana? Dekat Tuntut. Sini, www.tuntut.my.
Lawan!
Jangan takut! Jangan asyik complain belakang je..