(Lokasi Ipoh)
Kami mencari seorang doktor untuk menjadi resident doctor di Klinik Waqfeya Ipoh. Gaji yang kami tawarkan ikut kelayakan dan pasaran semasa. Takda kurang. Tapi bezanya, dia akan kami jadikan business partner, dilatih menjadi usahawan, ada business sense dan business minded. Kerana klinik bukanlah ultimate goal kami. Banyak business yang akan di-explore bersama-sama nanti!
Jadi, kami perlukan doktor yang mahu menjadi doktor yang awesome dan pada masa yang sama mahu menjadi usahawan yang progresif. Bukan doktor sekadar doktor, keluar pagi, balik petang. Tapi keluar dengan jiwa usahawan, pulang dengan jiwa pahlawan.
Jadi usahawan tak senang. Tapi insyaAllah jika dibimbing dengan betul. Ia tidaklah payah. Hanya mindset yang betul sahaja diperlukan. Umur muda biar diisi dengan jiwa merdeka, minda merdeka dan akal yang merdeka. Bukan sekadar poket merdeka.
Ada yang berminat? Doktor kontrak yang mahu keluar sebab nak lebih cabaran atau nak jadi usawahan, mungkin nak mencari peluang lain. Mari kau berhartal bersama kami. PM aku jika kau ada jiwa dan mentaliti yang aku cari. Kita duduk dan bincang kemahuan kau dan dengar pula misi dan visi kami.
Kawan-kawan tolong sampai-sampaikan..
We want a tiger/tigress, not a kitty tau. Doktor lelaki atau wanita, asal ada jiwa dan mentaliti yang baik. Kita set cara kita business dan jalan kita nak berjaya. Aku percaya good mentaliti menghasilkan the. best policy.
Ada? Kalau ada, ke mari kau! Atau email CV kau kepada aku, aliph[a]maple[dot]my. Aku sendiri yang interview kau nanti bab business. Bab teknikal, doktor-doktor senior dalam team aku akan interview.