KE ARAH MALAYSIA NEGARA FIRST WORLD MENTALITY!

K

First world mentality selalunya dikaitkan dengan negara barat. Negara barat ini Nabi SAW sebut sebagai bangsa Rom. Teringat aku sepotong hadis sahih riwayat Muslim, daripada ‘Amru al-Ash, Nabi SAW berkata,

“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik.
1. Mereka paling santun ketika dalam bahaya.
2. Mereka paling pantas bangkit selepas bencana.
3. Mereka paling cepat menyerang balas musuh.
4. Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka.
Tambahan ke-5, satu ciri yang baik lagi indah, mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja.”

Tambahan ke-5 itu memberi indikator yang jelas bagaimana mereka berani menegakkan kebenaran hatta menentang raja-raja mereka.

Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada kelebihan-kelebihan kaum Rom ini adalah mereka skeptikal dan responsif terhadap apa yang berlaku. Atas sebab itu mereka boleh maju dengan cepat.

Mereka tidak ada minda,
“lantaklah, asal tak kacau aku..”
“lantaklah, duit dia, dia tak kacau sesiapa..”

Mereka takkan mendiamkan apa-apa kebejatan yang mereka lihat. Sama ada isu besar atau kecil, orang besar atau orang kecil.

Kualiti itu yang membuatkan mereka maju dan memimpin dunia. Itulah kualiti yang dipanggil minda kelas pertama, minda world class.

Kalau di Malaysia, kita akan jumpa hujah-hujah,
“Biarlah..”
“Takpalah..”
“Asalkan..”

Itu yang scammer phd palsu, ustaz palsu, dentist palsu, doktor palsu, sifu saham, dato palsu, dan segala mala scammer senang nak mulakan penipuan.

Orang tua-tua Melayu dulu dah ingatkan,
“Siakap senohong, gelama ikan duri. Mula-mula berbohong, lama-lama mencuri.”

Kenapa nak berbohong dengan gelaran kalau takda agenda nak mendapatkan keuntungan darpada masyarakat?

Tapi takpa, lantak aku lah nak terus educate dan bagi awareness kepada masyarakat..
Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.