عن عَطَاء بْن يَسَارٍ قال : سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوبَ الأَنْصَارِيَّ كَيْفَ كَانَتْ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَقَالَ : كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ ، فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ
Daripada ‘Ata’ ibn Yassar, katanya dia bertanya kepada Abu Ayub al-Ansari RA, bagaimana korban dilakukan kamu ketika di zaman Rasulullah SAW? Abu Ayub menjawab, seorang itu akan melakukan korban ke atas dirinya dan keluarganya seekor kambing, dia akan makan sedikit daripadanya dan bersedekah selebihnya.
[HR Tirmizi (1505)]
Di dalam Tuhfat al-Ahwazi syarah Tirmizi, disebutkan hadis di atas secara jelas menyatakan kebolehan seekor kambing dibuat korban untuk seorang dan seluruh ahli keluarganya. Walaupun ramai.
Ibn Qayyim dalam Zaadul Ma’ad dan Al-Syaukani dalam Nailul Awtar juga berpandangan yang sama.
Dalam sebuah hadis lain, riwayat Bukhari, Abdullah ibn Hisyam RA juga pernah melakukan korban seekor kambing untuknya dan keluarganya.
Sebenarnya aku memang tahu pandangan yang tak mengizinkan 1 bahagian atau 1 ekor kambing untuk 1 keluarga. Terdapat pandangan fiqh yang kata ia jadi sedekah korban, bukan ibadah korban etc.
Tetapi di sana terdapat juga pandangan yang membenarkannya. Aku percaya lebai-lebai yang berkeras dengan pandangan lain juga tahu pandangan ini. Sekali pun menurut mereka ia bukan pandangan mazhab syafie. Namun pandangan ini tetap valid.
Tetapi hairan kenapa mereka nak berkeras dan bersungguh-sungguh seolah-olah hendak memaksa umat Islam menerima satu pandangan yang telah/akan menyusahkan dan menggusarkan rakyat marhaen.
Lebai-lebai yang menunggang agama di sebalik jubah, janggut dan jawatan rasmi rupanya lebih gemar menekan masyarakat dengan pandangan yang pro kepada penjual dan penunggang korban.
Kalau dilihat wall-wall mereka, mereka tidak sesekali mengkritik perbuatan kawan-kawan mereka yang menunggang agama dalam bisnes korban. Takda kan diorang nak bagi peringatan tentang scam korban akikah, mana lagi afdhal, local atau oversea. Kan? Mungkin kerana sama-sama cari makan barangkali.
Pointnya adalah boleh ke tidak boleh 1 kambing atau 1 bahagian untuk 1 keluarga. Jawabnya boleh. Adakah ia dikira korban, ya. Tak setuju dengan pandangan ini, korang boleh pakai pandangan lain.
Pandangan ini option untuk mereka yang tak mampu nak letak satu orang satu bahagian. Padangan ini juga punya asas daripada hadis dan amalan sahabat.
Lainlah korang macam lebai-lebai yang dapat affiliator mempromosikan program-program dan pakej-pakej korban di luar negara sehingga orang tidak mahu korban di locallity masing-masing. Yang tu lebai majlis fatwa pun diam.