#JusticeForBella adalah kempen yang dimulakan oleh Pn Mona. Siapa Pn. Mona sebelum ni? Dia ialah pejuang kempen #Poligamiscam. Aku tidak menyokong kempen dia sebelum ini. Nampak dia sedikit emosi.
Yelah. Pada aku scam atau tidak. Poligami is poligami. Salah tipu dokumen, adalah salah tipu dokumen. Nikah itu sah dan perkahwinan itu sah. Diorang nak kasitau ke, nak sorok ke, nak kahwin di Siam ke, dalam laut ke, atas langit ke. Diorang punya pasal.
Langgar undang-undang bukanlah satu dosa besar. Kerana ia boleh dinilai dari banyak aspek. Macamlah korang tak pernah langgar lampu merah? Speeding lebih speed limit. Tipu cukai. Tipu laki kau, tipu bini kau. Setiap orang ada justifikasi masing-masing untuk langgar undang-undang.
Jadi, by right aku ni orang yang tak sepatutnya bersama dengan Kak Mona. Tapi kami ini profesional, we agree to disagree. Dan dia tak pernah pertikai pendirian aku. Kami ada mutual understanding. Untuk kes Bella ni, hanya orang bodoh sahaja nak pertikaikan kerja Pn. Mona. Hanya orang yang takda empati saja tidak menyokong kempen ini.
Aku boring bila terbaca hujah straw man, ad hominem dan smoke bomb dimainkan. Dah takda hujah ke? Hujah personal attack kata Pn. Mona nak populariti lah, nak follower lah, tunjuk bahagialah, itulah, inilah dilihat sangat tak cerdik.
Pn. Mona telah mengambil risiko untuk disaman dengan kempen untuk Bella ini. Kalau Si Ainon ni nak takeover kempen ni. Ambillah! Ohya, dilihat Si Ainon ini nak mempertahan Syed Azmi. Kenapa Syed Azmi tak boleh dikritik? Dia maksum?
Tahu tak yang Pn. Mona juga ada anak down syndrom dan anak angkat yang berkawan dengan Bella. Segala input Pn. Mona ada datang juga dari rumah JKM tempat Bella ditempatkan sebelum ini. Bella tidak dikenali dengan anak yang agresif, takda luka lama dan diketahui sudah boleh mengurus diri.
Tiba-tiba Syed Azmi dalam statement terbarunya mengatakan yang kemungkinan Bella melukakan diri sendiri. Sebelum ini Syed Azmi kata dia tak kenal Bella, walhal Bella tinggal di Rumah Bonda sebelum berpindah di kondo.
Syed Azmi sebagai panglima kanak-kanak wajar ke depan, diharap dia ke depan. Tetapi disebabkan suspek kawan baik dia, dia beri 1001 alasan, berdalih, pusing dan corner baring. Takkan tak wajar Syed Azmi dikritik.
Jika Ainon boleh assume Kak Mona Din nak fame, aku juga boleh kata, selama ini kebaikan yang Syed Azmi buat untuk fame, glam and wealth!
Boleh?