RUMAH BONDA DAH LEBIH SETAHUN, TAK SUBMIT LAPORAN KEWANGAN LAGI!

R

INILAH SEBABNYA AKU SKEPTIKAL DENGAN ORANG BUAT NGO…

Sebagaimana aku dah tulis pasal 30% kau boleh ngap sebagai administration fee/cost NGO kau. Kau boleh create gaji, kau boleh lantik contractor/supplier untuk cashoutkan duit NGO kau. Dan beberapa cara lagi.

Kita boleh detect selepas laporan kewangan diorang submit. Kalau laporan kewangan diorang tak submit. Macam mana kita nak mula tanya. Sebab berapa kutipan (revenue) dan operation cost pun kita taktau.

Aku difahamkan Rumah Bonda berjaya mengutip banyak dana sumbangan melalui nama besar kawan baik Siti Bainun, Syed Azmi the small lamb. Dengarnya ada berjuta-juta juga setahun. Sampai Syed Azmi pun boleh full time buat NGO dan ada banyak beg LV.

Syed Azmi sebagai nama dan tokoh besar dalam dunia NGO sepatutnya menjadikan integrity sebagai wadah prinsipnya. Ibarat integrity is your dignity. Audit mesti diutamakan. Malangnya, ia tidak berlaku.

Walaupun NGO Rumah Bonda sudah lebih 1 tahun didaftarkan, masih belum menghantar laporan kewangan. Berapa diorang collect? Berapa diorang spend. Kita tak tahu. Sebagai penasihat dan ikon Rumah Bonda apa dia buat?

Rumah Bonda tiada keizinan JKM, ada laporan isu penderaan oleh penghuni, dikait dengan penipuan fakta konon Bella anak OKU itu tidak pernah tinggal di Rumah Bonda dan macam-macam lagi.

Kalau korang study sikit pasal Rumah Bonda ni, takda nama lain kecuali nama Bainun dan Syed Azmi. Taktau siapa lagi yang ada kan? Anyway, pasti ada. Tapi jelaslah Rumah Bonda naik sebab Syed Azmi. Bainun juga selalu diangkat oleh Syed Azmi.

Aku dah buat semakan dengan ROS dan menerima jawapan, yang Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda belum menghantar apa-apa laporan kewangan kepada ROS! Alasan covid? Come on, live di FB pandai, takkan online meeting pun tak pandai. Penasihat tak ajar ke? Document boleh email, boleh courier

Janganlah bagi alasan macam Aman Palestin lah ek.. Insult intelligence!

SCRUT for the TRUTH!

Aliff Ahmad
The lamb chop and sotong kangkung eater.
#Justice4Bella
#JusticeForBella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.