KEBENCIAN TERHADAP “JEMAAH TABLIGH”?

K

APA HUJAH ANDA?

Baru-baru ini, datang cluster baru Covid-19, cluster oversea katanya. Cluster elitis yang tinggal di hotel untuk quarantine. Kemudian adalah doktor dan nurses yang terkenang menjaga “orang tabligh” di wad kerana akhlak mereka yang tinggi jika dibandingkan dengan cluster elitis atau cluster jengkel.

Bila kau kenang balik ketika mereka dikritik dan diserang, seolah-olah mereka ini sesat, bodoh dan jahat. Kan? Tapi, cuba tengok mereka yang menyerang puak “tabligh” kebanyakan mereka semuanya tidak mengenali “tabligh” secara benar, hanya melalui speculation dan cerita orang lain. Mereka yang benci “tabligh” dan golongan anti-Islam bersatu padu. Mungkin juga mereka yang bengang rumah mereka sering diketuk pintu dan diajak ke masjid. Haha!

Kalau kita nak salahkan penyebaran di Malaysia disebabkan “jemaah tabligh (JT)” pun tak benar juga, Covid-19 ini wabak, menyerang seluruh dunia, di USA, Italy, China, Spain dan Korea, bukannya datang dari cluster Seri Petaling pun. Bahkan patient 136 itu pun bukanlah seorang karkun, mungkin dia baru nak berjinak-jinak sahaja dan hadir ke Jor tersebut. Dalam masa yang sama, tiada arahan dari pihak kerajaan untuk tidak mengadakan apa-apa perhimpunan ketika itu dan mewajibkan sesiapa sahaja yang pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan. Bahkan kerajaan juga tidak menyekat pelancong dari China ketika itu!

Kalau dah benci, kau akan kekal membenci. Kalau kau dah suka, kau akan terus mencintai. Begitulah sifirnya. Tetapi, jika kau mencari kebenaran, kau akan terlihat kebenaran yang jelas bercahaya. Ada orang akan kata, aku dah cari kebenaran, aku tengok jiran aku, aku tengok kawan aku..

Itu bukanlah mencari kebenaran, itu hanya melihat. Melihat bukan mencari. Bagaimana kau mencari barang hilang? Pastinya kau akan selongkar segala benda, buat panggilan, bertanya ramai orang. Jadi mencari itu bukan proses sekadar melihat!

Aku mencari kebenaran dengan so called Jemaah Tabligh (JT) ini setelah aku melihat kepelikan bangsa PAS mengkafir mereka. Ya, aku lahir dalam keluarga PAS-JIM. Usrah, muasykar, tamrin, etc sudah biasa dalam hidup aku. Syed Qutub, Hassan Al-Banna, Maududi, Fathi Yakan dan Qardawi memang bermain dalam kepala sejak dari sekolah rendah lagi.

Sudah pasti aku dihalang untuk duduk bersama jemaah dari India itu. Tetapi disebabkan aku ingin mencari kebenaran. Aku pergi malam markaz Seri Petaling beberapa kali dengan niat mencari salah, nak dengar apa mereka bayan, aku beli segala kitab-kitab mereka. Ketika itu ada Fadhail Amal karangan Maulana Zakariyya al-Kandhalawi dan Hayatus Sahabah karangan Maulana Yusuf yang menjadi bacaan utama mereka.

Rasa tak puas hati dengan sekadar malam markaz, aku keluar 40 hari untuk merasai sendiri pengalaman khuruj bersama JT. So, habislah segala terma-terma yang mereka gunakan melekat dalam kepala aku. Selain dari mencari jawapan-jawapan yang aku nak, aku juga berjaya memanfaatkan masa dengan menghafal 3 juzuk Quran dari belakang. Menjadikan aku hafiz 6 juzuk! Aku lihat tiada apa masalah pun, mereka solat awal waktu, qiyam, belajar adab, keluar dakwah, zikir standard, taalim, baca quran. Takda benda pelik yang diajar dalam tertib yang ditetapkan.

Ketika khuruj 40 hari di Terengganu, aku melihat politik telah memisah umat Islam, solat jemaah 2 imam itu berlaku di depan mata aku, kenduri orang Umno diboikot orang PAS, begitulah. Aku menjadi saksi perkara-perkara tersebut. Bahkan kami digelar munafik kerana solat di belakang kedua-dua imam dan yang paling lawak kami dipanggil pelahap kerana hadir ke jemputan kenduri kedua-dua belah pihak!

Pulang dari khuruj 40 hari, aku dikejutkan dengan dakwaan yang JT sembah kubur pula, jadi aku nekad untuk 4 bulan IPB untuk berjumpa sendiri dengan ulama’ di Nizamuddin (Markaz JT). Aku nak tengok sendiri diorang sembah kubur ke tak dan bertanya secara langsung pendirian mereka tentang kubur, kesarjanaan, dan politik.

Kubur memang takda. Clear! Kesarjanaan amat jelas wujud, di setiap markaz mereka akan wujud madrasah ‘alim, 8 tahun pengajian kitab turath dan daurah hadith. Tentang politik, mereka tidak terlibat secara langsung kerana menurut mereka ia akan memecah belahkan umat, tetapi untuk kapasiti individu, mereka tidak halang. Itu sebab orang PAS, Umno dan PKR boleh makan setalam dalam majlis JT!

Orang yang bersama JT ini pelbagai, dari anak raja, sampai gelandangan. Dari pakar bedah, penagih dadah, juga maknyah. Dari aliran sufi, teori konspirasi, salafi dan anti-vaxxer. Jadi, kau tak boleh judge individu kerana macam-macam orang yang ikut keluar berdakwah di bawah tertib JT. Jemaah aku ketika itu seorang pakar bedah, jutawan di Pakistan, pekerja kilang, student. Aku pun tak ingat sangat. Dari 4 ke 5 negara. Cuba kau bayangkan, nak sebut Islam itu syumul, bersifat international kat mana kau boleh tengok? Mana kau nak tengok jutawan makan setalam dengan orang miskin dan biasa-biasa? Dalam JT je bro kau jumpa!

Kami musafir bersama, tidur sekali, makan sekali, share duit sekali, solat sekali, semua buat sekali. Teringat kata pakcik aku, ketika dia belajar di USA tahun 80an, dia ikut JT, zaman tu takda masjid banyak, solat tepi jalan, makan 1 talam dengan Pakistan, black dan white. Polis datang tengok pun terkejut! Dia cerita kat aku, polis tu kata,

“Negara kami spend berbillion-billion untuk satukan orang kulit hitam dengan kulit putih! Korang boleh makan 1 talam lebih dari 1 warna! Apa korang dah buat ni!”

Korang nak kena tau, JT ini doktrinnya adalah ikhlas dalam amal sangat padu, keyakinan diorang kepada Allah sangat dahsyat, diorang bangsa tak takut mati insyaAllah. Sebab itu kau takkan jumpa tabung dalam masjid Seri Petaling! Mereka yang keluar dakwah, masuk sampai ke Palestin, Israel, Syria, Iraq, diorang pakai duit sendiri. Tak kutip derma duit orang. Diorang tak angkat bendera macam NGO-NGO lain! Masa kami di India, ditahan roadblock, tentera India suruh kami patah balik, amir kami cuba pujuk-pujuk untuk melepasi sekatan tersebut, datang seorang tentera dia aju senapang ke amir kami, mamat UK tu terus datang, ambil senapang tu letak dekat dahi dia dan kata,

“You kill us now, we will be going to paradise! And I pray to Allah, you will accept Islam.. La ilaha illallah!”

Macam dikejutkan dari tidur, PIC sekatan tu terus tanya,

“Are you from jamaat? Pleae go..”

Aku dalam van kasitau mamat UK tu,

“Please do not use we or us, if you want to die, you die alone. I am still virgin bro!”

JT ini juga gerakan yang sangat mematuhi undang-undang dan taat pemerintah, sebab itu mereka ada di mana-mana sahaja, di serata dunia. Mereka sangat flexible dan dynamic kerana ia bergerak atas kapasiti individu tetapi dalam bimbingan jemaah. Itulah hebatnya mereka. JT tak pernah berdaftar, bahkan nama pun bukan mereka yang beri, kata Maulana Ilyas rahimahullah,

“Jika usaha ini diberi nama, aku namakan ia usaha atas iman dan ajak orang lain usaha atas iman, sehingga bayi terakhir sebelum hari kiamat juga menerima Islam..”

Tanpa menafikan kelemahan mereka, aku percaya isu Covid-19 dan cluster Seri Petaling adalah medan untuk mereka yang membenci JT mengambil kesempatan. Walhal, boleh saja mereka gelar cluster tersebut sebagai cluster Masjid Seri Petaling, bukan cluster tabligh. Apa pun, aku percaya, mereka tak pernah kisah dengan apa persepsi orang lain.

Mereka keluar berdakwah bukan untuk orang lain, mereka keluar dakwah untuk diri mereka sendiri. Kau suka tak suka, diorang tak kisah pun. Kau ikut, diorang dapat bonus, kau tak ikut diorang dah buat kerja diorang, diorang akan doa untuk kau masa qiyam nanti. Doa nangis-nangis tau!

Di Seri Petaling dulu ada satu Cina namakan anjing dia tabligh, sebab bengang jalan asyik jem depan rumah dia bila malam markaz, last-last dia masuk Islam, dia keluar tabligh! Haha! Jadi, kau jangan benci sangat! Nanti aku jumpa kau pakai kurta pula.

Orang tak kenal JT tak layak bersuara atau mengkritik. Biar aku yang kritik! Kalau kau nak hukum individu-individu keluar JT yang degil, anti-vaxxer atau taknak bagi kerjasama kepada KKM itu salah individu. Syura mereka telah mengarahkan semua yang hadir ke Jor tempoh hari buat pemeriksaan kesihatan, dia degil nak buat macam mana? Kalau kau TB (takut bini), takkan aku nak kata Islam agama TB. Kita tak judge sesuatu ajaran menurut pengikut, kita judge dengan scriptures dan authorities dia. Takkan dengan sekadar video pengikut biasa memberi bayan kau nak jadikan hujah?!

Nak kritik pun biar cerdik! Nak kritik biar ada substance! Nak kritik biar buat research secara holistik bak kata Maszlee Malik! Kata guru kami yang mulia, As-Syaikh Datuk Dr. Radzi Othman hafizahullah,

“Manusia itu takut ke atas perkara yang mereka tidak tahu dan tidak nampak, bila mereka sudah tahu dan nampak, mereka tidak lagi takut..”

Korang yang duk mengata kat JT tu berapa hari kau pernah mencari kebenaran? 3 hari? 10 hari? 20 hari? 40 hari? 2 bulan? 4 bulan? 1 tahun? Nak cari benda buruk memang akan jumpa, nak cari benda baik juga pasti jumpa! Kau tak bersetuju selepas itu? Ok, aku pun banyak tak setuju dengan JT, tapi selepas aku benar-benar memahami apa itu JT, sebagaimana aku mengenali dunia usrah PAS-JIM-IM, sufisme, tariqat dan salafisme!

Cari kebenaran itu fardhu ke atas diri masing-masing. Memfitnah itu haram dan sangat insult intelligence!

#HEILB40!
#SCRUT4theTRUTH!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.