Ada seorang budak ni. Rasanya dia ni penyokong tegar atau practitioner tunjuk cash. Dia pernah datang maki hamun aku di wall aku. Tapi aku tak pernah kenal dia. Aku cuma pelik kenapa dia merentan.
Mungkin kerana BM Pemahaman dia dulu tidak lulus atau tidak dapat A menyebabkan dia gagal memahami konteks penulisan aku yang sangat ringkas. Mungkin kita boleh nasihatkan dia untuk buat paper July tahun ini.
Penulisan aku jelas hanya troll orang yang tunjuk cash dan aku pernah buat social experiment tunjuk cash. Itu saja. Mudah. Aku ni pun bukanlah kaya mana, meniaga kecil-kecilan. Mampu pakai Axia Kompang. Itu pun hutang tawarruq dengan bank Islam. Mana mampu beli VW cash.
Cuma aku tertanya-tanya, kenapa mamat ni merentan? Siapa kenal dia ni? Suruh dia istigfar banyak-banyak. Mentang-mentanglah kita ni gang Axia Kompang, dia hina kita dengan Bezza je.