Orang Islam di Malaysia memang selalu keliru. Kerana ada judi halal, ada judi haram. Ada rokok halal, ada rokok haram. Ada arak halal, ada arak haram.
Halal kerana berlesen dan bayar cukai. Haram sebab tidak berlesen dan tidak bayar cukai. Begitulah rule of law dunia kapitalis. Jadi korang jangan pelik.
Cumanya korang nak kena faham kenapa kedai judi, mesin kuda dan kasino itu sentiasa buat duit. Sama macam guru saham yang trading pun tak jadi, tapi buat duit dengan kelas.
Dalam the theory of probability, telah disimpulkan yang aktiviti perjudian ini tidak akan gagal, maksudnya taukey akan sentiasa untung dan takkan bankrap kerana 2 perkara,
1. frequency (volume)
2. edge/niche (risk-reward)
—
Frequency
Selagi ada frequency iaitu selagi ada orang datang, berjudi, ada volume, industri judi takkan bankrap.
Edge
Syarikat judi telah mengira risk-reward mereka untuk memastikan mereka sentiasa untung. Mereka menggunakan theory of probability untuk meletakkan kemenangan dan keuntungan di pihak mereka.
—
Hidup dan dunia ini adalah probability! Tak percaya? Kita tak boleh pastikan sama ada hari ini kita akan hidup lagi atau tidak. Kita keluar rumah, ada kemungkinan untuk kemalangan. Kan?
Kenapa judi haram?
Tuhan telah mengharamkannya, bahkan sains dan matematik telah membuktikan judi adalah kezaliman terhadap 1 pihak.
Macam mana nak hapuskan judi, kurangkan frequency, sistem judi akan runtuh dengan sendiri.