KORBAN DAN AKIKAH DI LUAR NEGARA – SEJAUH MANA KEBENARANNYA?

K

Aku pernah cakap aku tak berapa percaya korban dan akikah di luar negara kerana aku pernah mendengar sendiri cerita kawan aku yang terlibat dengan bisnes tersebut sejak dahulu lagi.

Sebagaimana bisnes bayar dam haji yang biasa dilakukan oleh student-student Malaysia di tanah haram. Mereka pusing kambing yang sama sahaja. Sebab itu bila dia pulang ke tanah air, dia jutawan dah.

Buka office, kedai printing, buka kedai mamak, travel dan macam-macam lagi. Akhirnya semuanya tutup. Bak kata pepatah orang Pelembang,

“Wang jin dimakan setan.”

Lembu atau kambing yang sama kononnya disembelih atas nama kita. Walhal telah dirotate dengan ramai lagi orang lain. 1 lembu mungkin 700,000 bahagian barangkali. 1 kambing 7000 nama. Hal ini bukan hal baru. Ia berlaku sejak dahulu lagi.

Kalau kau nak buat di luar negara, kau sendiri kena fly sana, sembelih sendiri, jamah sikit sendiri dan sedekah sendiri. Itu lebih afdhal. Kerana sendikit dan mereka yang tidak amanah sangat ramai.

Yang lebih mendekati sunnah adalah kau berkorban dan berakikah di locality kau. Itulah yang terbaik dan lebih afdhal. Itulah yang menepati maqasid korban.

Bisnes jual dan tunggang agama ni tak salah. Yang salahnya tipu orang sambil tunggang dan jual agama.

Wallahu’alam..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.