KELAS BERMAIN SOCIAL MEDIA

K

Mula-mula kau kena tahu siapa add siapa. Bila aku add friend/follow orang, aku kena sedar aku yang nak follow dia. Jadi aku tak boleh berharap atau mengarah dia untuk ikut kehendak aku.

Kalau aku rasa meluat, aku unfriend/unfollow je. Kalau aku rasa benci, aku block je. Buat apa aku nak ambil tahu dan baca apa orang yang aku tak suka tulis/buat. Dia pun bukan kacau aku. Dia buat hal dia. Aku yang gatal nak follow dia.

Begitulah sebaliknya. Button unfollow/block/ban apa semua tu ada fungsinya. Bukan untuk ditenung dan diratapi. Bagai pungguk rindukan bulan, bagai bulan jatuh ke riba kau tenung.

Tekan je!

Dunia kau takkan lebih bahagia pun kalau kau follow orang tu, dan dunia kau takkan kurang bahagia kalau kau tak follow orang tu. Dia pun tak minta kau follow dia. So, dia tak kisah pun dengan kewujudan kau.

Hidup ini mudah. Jangan dipayahkan. Tak suka sudah. Jangan memfitnah. Itu saja.

Korang pula macam mana?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.