KENAPA AKU MELAWAN UNTUK BELLA?

K

Hari ini aku dipanggil oleh pihak polis memberi keterangan kerana aku melawan bagi pihak Bella. Pihak di sana cuba menutup suara aku melalui laporan polis ini.

Laporan yang dibuat memang bukan-bukan dan tak masuk akal. Laporan itu dibuat oleh peguam suspek terhadap aku. Aku tak faham kenapa dia nak emosi dan personal dengan aku. Walhal aku memuji dia sebagai peguam yang baik.

Pihak di sana cuba mengganggu dan memperlahankan langkah aku. Mereka takut aku berdiri tegak mewakili Bella. Tak perlu gentar kak, yang kau perlu gentar adalah bagaimana wujud manusia yang sanggup mendera Bella sedemikian rupa!

Ramai pelik kenapa kali ini, aku all out, bersungguh-sunggih dan bermati-matian. Ada 5 alasan kenapa aku melawan untuk Bella.

1. Aku seorang manusia yang tak suka ditindas. Juga tak suka melihat insan yang lemah ditindas.
2. Bella tidak boleh bercakap dengan baik. Jadi aku kena bercakap untuk pihak Bella.
3. Bella tidak boleh melawan. Jadi aku kena melawan bagi pihak Bella.
4. Bella anak yatim piatu. Kalau JKM boleh melepaskan dia tinggal di kondo neraka. JKM tidak membela Bella. Siapa nak buat bagi pihak Bella. JKM patut saman ibu angkat Bella!
5. Aku ada anak OKU. Aku percaya aku faham apa yang Bella rasa.

Alhamdulillah. Pegawai yang menyiasat sangat kasihan terhadap Bella. Beliau juga gembira ada orang yang bersuara bagi pihak Bella.

Bella, kami yang membela Bella ini bukanlah maksum, kami juga pendosa. Kami amat berharap doa Bella dapat menarik kami ke syurga.

Asbab usaha kami dan doa Bella, Allah akan masukkan kami dalam kalangan orang yang soleh.

Masa aku di sekolah menengah, aku selalu sebut dekat kawan-kawan aku,
“Biar kita mati melawan, dari mati membisu.”

Thanks Bella, Bella dah bangkitkan semangat melawan abang pada tahap tertinggi selepas berbelas tahun pencen melawan sepenuh hati.

Demi Bella, kita lawan!

😉

#JusticeForBella
#Jutice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.