KENAPA BLOCK?

K

“Sebab boleh dik..”
Kan aku dah kata, aku block orang bodoh.
Aku menggunakan access yang Facebook bagi untuk mengawal wall aku.

My wall, my rules.
Cuma, lately ni aku rasa seronok block orang bodoh ni.
Sebab aku dapat tengok diorang merentan dan meroyan di wall kawan-kawan aku dan page aku yang lain.

Ada juga yang buat account lain sebab nak komen kat wall aku. Aku saja je block juga.
Ada pula yang pakai account bini mesej minta aku remove block tu. Taubatlah, menyesallah.

Dah banyak kali aku bagi peringatan, hidup korang takkan lebih indah pun baca apa aku tulis. Tulisan aku tak best pun.

Tak perlu baca dan tak perlu komen pun. Aku tak paksa kau setuju dengan aku. Rasa tak suka, tekan button block. Or jalan terus. Itulah yang aku amalkan pun.

Tapi sebab wall aku, suka hati akulah nak tulis apa dan nak izinkan apa yang aku nak izinkan. Yang aku paling suka, fake top fan atau penyokong orang lain yang tak pernah datang, tiba-tiba datang. Memang auto block je.

Tak setuju? Takpa..

Korang ada wall sendiri, jawab argument aku secara tuntas dan ilmiah di wall kau. Bukan maki hamun dan fitnah-fitnah. Kita kan bangsa madani, bangsa nak masuk syurga.

Korang boleh teruskan hidup korang macambiasa. Aku tak benci korang sebab aku tak kenal pun korang. Life aku tetap macam biasa. Makan, berak, kerja dan tidur seperti biasa.

Cuma rules di wall aku macam tu. So, jangan personal sangat. Setiap tempat ada rules dia sendiri. Kenapalah ada orang rasa bahagia dan hebat sebab dapat maki orang?

Rilex lah..
Aku hidup cam biasa je. Aku harap korang pun sama. Kita semua bukan ada kes ber-vc dengan bini orang, buat scam itik, dan menghina Nabi kan?

Kau berbeza pandangan aku, tak suka, sakit hati, button block ada. Tekan jela.

Aku tolong tekan pun nak marah.
Ya, aku tau siapa kena block tu akan koyak. Itu sebab aku buat.

Aku tak kisah pun hilang follower. Nak kata aku koyak ke apa. Aku tak terkesan pun. Aku tulis untuk aku, aku nak masyarakat jadi pandai dan bijak.

Tak jadi bodoh, tak jadi walaun mahupun walanon. Tak jadi #TaikPolitik, walabit dan walascam.

Kalau nak unfollow pun, takyahla announce. Aku tak pernah kisah pun..

ps : Memang aku arahkan admin aku block je orang yang keluar tajuk, sokong kebodohan, dan mencarut.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.