KENAPA HANYA MARHAEN DI WAKANDA YANG MELAWAN? BUKAN KAYANGAN?

K

1. Marhaen setiasa melalui detik-detik susah dan sukar dalam hidup mereka.

2. Nak berniaga di jalanan diganggu pihak berkuasa dan jiran-jiran kayangan.

3. Nak apply geran, geran kerajaan dah habis disapu para banjingan politik.

4. Mereka takda connection, tiada cable tiada wang.

5. Bila tiada semua itu, pihak berwajib tidak pandang mereka.

6. Tiada connection orang di atas untuk adjust, tiada cable orang dalam untuk tolong dan tiada duit untuk bayar wang kautim.

7. Bila mereka berniaga baru hendak untung, Tax Office datang menuntut cukai yang lalu. Datang dengan ugutan untuk memaksa marhaen akur.

8. Kastam pula datang menuntut cukai GST/SST itu dan ini yang lepas. Katanya ada aduan awam.

9. Nak pergi pitching, dimalukan dihina oleh orang di sana. Nak lawan budak-budak yang dah dapat geran entah berapa kali tapi masih duk pitching, penat..

10. Tengah running business pula, pihak berkuasa tempatan pula datang kata kena ada lesen itu, lesen ini. Kompaun keluar.

11. Dah rasa malas nak meniaga, nak buat jualan clearance, kementerian pengguna datang kompaun sebab ada undang-undang kena minta izin.

12. Nak kemas-kemas barang sebab bisnes dah sakit, panggil bangla tepi jalan tolong, imigresen pula datang, kompaun lagi.

13. Panggil pula guard Nepal tolong, polis pula datang datang pow guard Nepal, guard Nepal claim.

14. Duit dah habis, company dah dormant. SSW (Suruhanjaya Syarikat Wakanda) pula datang hantar surat kompaun lagi sebab tak submit audit. Tak submit sebab takda duit lah.

15. Pergi negotiate dengan pihak berwajib minta belas ihsan, bagitau ada perut-perut pekerja nak kena jaga. Mereka yang makan gaji bulan dari kerajaan jawab, tutup jela company tu, pandai-pandailah diorang nak hidup.

16. Balik office nak bagitau nak tutup syarikat, tengok muka staff, kena hulur sikit. Ada yang melawan, kena ulang-alik naik pejabat buruh.

17. Balik rumah tengok bil elektrik naik 2 kali ganda pula.

18. Buka tv tengok menteri beli sofa set baru.

19. Tengok Facebook ada news pelepasan cukai kepada syarikat kapitalis arak pula.

20. Jual jeruk mangga dekat traffic light, kena tahan pula.

21. Balik rumah tengok anak-anak tak makan.

22. Nak pinjam duit kawan-kawan nasib pun sama.

23. Apa pilihan marhaen Wakanda ketika itu?

24. Mereka bangkit melawan! Rebel!

25. Sampai ada yang kata, “lebih baik kita mati di jalanan dari mati kelaparan..”

Itulah kisah di Wakanda..

Semoga tuhan selamatkan Malaysia dari jadi seperti Wakanda tahun 80an..

—-

Marhaen-marhaen yang nak buat duit tepi, boleh jadi askar digital di sini. Buat kerja, dapat upah..

https://bit.ly/3iDV7KL

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.