SCRUT SIFU SAHAM..

S

Dalam dunia akademik, SCRUT kefahaman student adalah dengan peperiksaan.Dunia korporat pula SCRUT pekerja dengan melalui pencapaian akademik dan pengalaman kerja. Sebab itu kau kena bawa sijil-sijil dan ada reference. Untuk bakal majikan crosscheck fakta kau.

Manakala dalam dunia pertahankan diri, SCRUT sang guru pula biasanya diuji skillnya atau ada persaksian dengan kebolehan anak-anak murid kanannya. Sebab itu, masa aku muda-muda dulu, aku cabar mana-mana guru gelanggang untuk buktikan kemahiran dia. Bukan bergaduh, hanya 5-6 jurus untuk aku tahu kemampuan dia.

Dalam dunia keilmuan Islam pula, SCRUT untuk menjadi sifu atau ulama’ juga berlaku. Kau juga perlu diuji. ebagaimana Al-Imam al-Bukhari rahimahullah yang diuji oleh 10 ulama’ Baghdad sebelum dibenarkan masuk dan mengajar di Baghdad. Kisah yang amat popular. Setiap ulama’ memberikan 10 hadith yang digaul sanad dan matannya. Dibetulkan dengan mudah oleh Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari rahimahullah. Kisah lagenda itu menjadikan beliau bintang yang bersinar sehingga hari ini.

Begitulah, setiap bidang ada cara masing-masing nak menguji keilmuan, kebenaran atau pengalaman yang seseorang itu claim atau berlakon. Tapi yang pasti, mesti ada ujian yang perlu dilepasi untuk kita percaya dakwaannya. Supaya kita tidak berguru dengan guru yang salah. Kalau sudah terlanjur, payah untuk berpatah balik bukan? In denial?

Maka untuk SCRUT segala sifu/guru/pengajar/penulis ebook saham, aku cadangkan korang minta 2-3 tahun record (p&l) tradingnya. Rasionalnya, kalau dia benar-benar sudah berjaya trading, barulah dia layak untuk mengajar kita. Dia sendiri kena berjaya dulu.

Kenapa 2-3 tahun? Untuk menunjukkan konsistensi tradingnya. Bukan trade semasa musim bullish sahaja then claim dia trader berjaya. Mesti trade sepanjang tahun. Total win mesti lebih dari loss. Total profit mesti lebih dari loss dengan nilai yang significant. Kalau setakat setahun less than 10%, baik kau campak duit kau ke ASB je.

Kalau sifu/guru/pengajar/penulis itu real buat duit dengan trading saham. Dia layaklah ajak/ajar semua orang trading saham, tapi kalau dia sendiri pun tersontot, tak untung, rugi je trading, tapi gentel orang awam untuk trading saham. Itu bahaya. Ia ibarat seorang guru stuntman yang gagal, mengajar kau jadi stuntman.

Setakat ni, tiada satu pun sifu/guru/pengajar/penulis ebook yang berani untuk tunjukkan hakikat sebenar buku record tradingnya. Alasan-alasan cliche, Bursa tak bagi, takut LHDN etc cekup. Walhal kau tunjuk berjaya dalam FB boleh pula. Ohya, ada yang buat kelas pun bank in ke nama orang lain. Takut apa kan? 😜

Kau boleh click dalam system broker kau keluarkan depan mata orang yang minta tu cukuplah. Itu paling telus. Sebab kau tak boleh manipulate system broker kau. Bursa ke LHDN tak boleh buat apa pun.

Senang cerita, aku dah ajar korang kaedah nak SCRUT sifu/guru/pengajar/penulis trading saham ni. Tak berani bagi, bukti dia penipu. Kau nak pertahankan penipu, silakan. Kau nak bagi excuse, silakan..

Ingat usul fiqh trading saham ni,

“Asal trading saham itu merugikan melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Dan..

“Asal sifu/guru/pengajar/penulis ebook trading saham itu penipu, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Harap korang semua jadi marhaen membudayakan amalan SCRUT ini. Jangan biarkan kapitalis-kapitalis jahat dan minion menggentel anda sehingga anda menjadi mangsa mereka. Jangan cakap aku tak pernah beri peringatan. Dah pasti dialah guru yang mursyid, bertalaqilah dengan dia..

#HEILB40
#HEILM40
#LawanKapitalisJahat
#NyahKapitalisJahat
#SCRUTguruSaham

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.