KENAPA #JUSTICEforBELLA SEBUAH PERJUANGAN YANG SANGAT PENTING BUAT RAKYAT MARHAEN?

K

Semalam adalah hari ke-3 adik Bella menuntut keadilan terhadap dirinya. Adik Bella akan diwakili oleh peguam-peguam daripada Jabatan Peguam Negara (AGC). Aku berharap sangat mereka-mereka yang terlibat dalam proses pembelaan adik Bella tidak makan rasuah seperti yang telah berlaku kepada beberapa pendakwa yang telah ditahan SPRM sebelum ini (kes lain) kerana rasuah. Aku harap sangat diorang ni buat kerja dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan:
‎لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”
[Riwayat Abu Daud (3580)]

Mungkin ramai yang tahu yang akulah diantara watak utama dan begitu serius melawan segala ranjau dalam proses membelaan terhadap adik Bella. Kenapa aku beriya-iya? Apa aku dapat? Aku telah disiasat kononnya aku telah melakukan fitnah jenayah, aku dilepaskan. Aku juga dikomital kononnya aku menghina mahkamah, aku menang dan dilepaskan, ia percubaan nak memperlahankan aku. Akhir sekali, aku disaman oleh pihak sana. Itulah harga yang aku kena bayar kerana seorang anak kecil yang dipanggil Bella.

Siapa Bella?

Bella ialah seorang kanak-kanak perempuan OKU down syndrome. Dia dijumpai ditepi jalan. Tiada siapa tahu siapa ibunya, siapa ayahnya. Tiada dokumen pengenalan diri yang dijumpai. Namanya juga tidak diketahui. Dia dipanggil Bella semenjak dia dijumpai. Itulah namanya. Bella ialah namanya.

Tahun lalu, gempar seluruh negara dengan video Bella yang telah cedera teruk. Untuk pengetahuan korang, ketika Bella ditemui, dia sedang positif covid tetapi tidak mahu dibawa ke hospital. Kenapa? Takut kesan kecederaan dilihat pihak hospital?

Badannya yang penuh parut lama dan baru. Tangannya melecur disyaki disiram air panas. Tubuhnya lemah, kurus, pucat dan kusam. Walhal ketika dia diambil, dia sangat tembam, montel dan gebu. Ceria dan sangat sihat.

Mata kasar siapa pun tahu apa yang terjadi terhadap Bella adalah disyaki penganiayaan dan penderaan. Jika mata itu telah ditipu syaitan, bukalah mata hati, bebas akal insani. Nescaya sihir dusta itu akan terbatal, kebenaran akan dibebaskan.

Ada pihak yang dek kerana membenci aku dan Kak Mona sanggup mereka berada dalam pihak yang disyaki menyakiti adik Bella. Itulah kuasa sihir dusta yang berjaya menutup cahaya kebenaran. Walhal penderaan terhadap adik Bella bukan isu aku atau Kak Mona. Ia isu rakyat dan sejagat!

Mereka terlupa yang mana Allah telah memberi amaran keras dalam surah Hud ayat 113,
‎وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
“Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan tiada bagi kamu pelindung-pelindung selain Allah dan kamu tidak akan ditolong..”

Korang tahukan betapa susah payahnya kami berusaha untuk memastikan adik Bella mendapatkan keadilan. Awalnya si pendera hanya dikenakan dakwaan PENGABAIAN sahaja. ABAI! Siapa sini percaya luka, parut dan keadaan seperti itu hanyalah pengABAIan? Mari sini! Aku tolong buang hantu yang telah tutup mata hati dan jiwa kau!

Sebenarnya, kekuatan adik Bella masih hidup ini telah membuka pekung dunia NGO, JKM, dan banyak lagi. Aku tak boleh nak tulis lebih. Nanti aku kena kutip lagi ke mahkamah. Alhamdulillah, setelah pendakwaan bertambah untuk penganiayaan yang bermaksud penderaan berlaku. Itu pun selepas kami “mengamuk” sekali lagi.

Kes Bella ini akan menjadi “indicator” adakah sistem keadilan di Malaysia masih berfungsi dengan baik. Kenapa aku berpandangan seperti itu?

1. OKT ialah seorang yang sangat “politically powerful”.
2. OKT ada network yang sangat besar.
3. OKT ada wang yang banyak.
4. OKT dibela oleh ramai peguam-peguam hebat.
5. Adik Bella sebatang kara.
6. Adik Bella OKU.
7. Adik Bella takda duit.
8. Adik Bella tidak boleh bagi apa-apa networking kepada kita.

Daripada tarikh didakwa sehingga hari pertama perbicaraan, hampir 3 bulan lamanya masa diberi. Macam-macam boleh berlaku dalam masa 3 bulan ini. Saksi boleh berpaling tadah kerana dibeli, pendakwa bertukar ganti, fail boleh hilang, dokumen boleh rosak dan macam-macam lagi.

Korang kena bayangkan kalau anak korang kena aniaya macam adik Bella. Apa korang akan buat? Apa tindakan korang? Pasti korang akan lawan sehingga si pelaku dihukum semaksima mungkin bukan. Bezanya anak korang ada korang. Bella ada siapa? Bella ada kita semua. Kita semua adalah keluarga Bella.

Cukuplah ekonomi negara telah dirosakkan oleh para politikus yang gila kuasa. Jangan bagi ruang politikus merosakkan nilai kemasyarakatan dan keadilan untuk rakyat marhaen. Itu sebab aku katakan, perjuangan #JUSTICEforBELLA ini sangat penting untuk mengukur ketelusan proses keadilan.

Larangan daripada Allah di dalam al-Quran sangat jelas kepada mereka-mereka yang membela orang yang jahat dan khianat!

‎إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيما
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah tunjukkan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat.”
(Al-Nisa’ : 105)

Nabi SAW juga telah memberitahu yang mana daripada 3 hakim, 3 dalam neraka 1 dalam syurga. Aku mengharapkan hakim dalam kes Bella ini adalah hakim yang akan ke syurga.

Kata Nabi SAW dalam sebuah hadis yang hasan, daripada Buraidah bin al-Hashib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‎الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ: وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ، وَاثْنَانِ فِي النَّارِ، فَأَمَّا الَّذِي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ، وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ، فَهُوَ فِي النَّارِ، وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ
“Para qadhi terbahagi kepada tiga golongan: satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Qadhi di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Qadhi mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam menghukum maka dia dalam neraka. Qadhi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka”.
[Riwayat Abu Daud (3573)]

Nabi SAW juga telah mengingat kepada para peguam yang menggunakan kepetahannya untuk memperdaya hakim bagi membela orang jahat dengan amaran neraka!

‎وَإِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ إِلَيَّ وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ أَنْ يَكُونَ أَلْحَنَ بِحُجَّتِهِ مِنْ بَعْضٍ وَأَقْضِيَ لَهُ عَلَى نَحْوِ مَا أَسْمَعُ فَمَنْ قَضَيْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ شَيْئًا فَلَا يَأْخُذْ فَإِنَّمَا أَقْطَعُ لَهُ قِطْعَةً مِنْ النَّارِ
“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka.”
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah tuhan yang maha adil dan maha kuasa, supaya tetapkan iman tuan hakim, pendakwa, saksi-saksi, dan mereka-meraka yang mahukan syurga dan takutkan neraka Allah.

#JUSTICEforBELLA
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.