KENAPA KITA PERLU BERSANGKA BURUK DENGAN INISIATIF ORANG LAIN?

K

Beberapa hari lalu, aku ada tanya pandangan korang kalau workshop buka sampai malam dan buka hari Ahad bagus tak?

Yelah, siang kita busy kerja, weekdays kita kerja. Malam dan weekend jela kita free kan?

Tiba-tiba, out of context ada mamat ni kata sian budak-budak workshop. Aku dah boleh baca dia ni negatif minded punya kepala. Itu sebab at the end, dia jadi pomen freelancer. Dia tak menggajikan orang.

Anyway, aku pun tanyalah,
“Kenapa kesian?”

Dia jawab,
“Penat dan tiada masa untuk keluarga..”

Aku dah tau kepala dia nak ke mana, aku tanya lagi,
“Kenapa penat dan takda masa untuk keluarga?”

Dia jawab,
“Takpe la Tn. Tn Boss. proceed je la. Saya pernah berada di tempat mereka. Shif ka tak shif ka bayar double ka triple ka budak2 workshop tetap berat hati. Tp Tn jangan risau. Mereka hanya pekerja. Pasti mereka akan ikut juga.”

Gotcha! Haha! Dia sebenarnya trauma dengan pengalaman dia. Selepas tu aku tanya lagi,
“Mana kau tau projek ni pekerja yang buat? Masalah kau dengan majikan kau kenapa nak samakan dengan orang lain? 😜

”Selepas tu dia mula koyak dan melalut. Sebelum tu pun ada seorang aku dah block melalut duduk risau pasal pekerja. Itu yang aku cakap, diorang ni tak pernah buka company dan hire sekurang-kurangnya 10 orang.

Macam mamat ni, dia freelancer. Kalau betul dia hebat dan caring, kenapa dia taknak buka workshop, gajikan pomen-pomen macam yang dia nak. Inilah masalah orang kita yang suka pertikai inisiatif orang lain. Dia sendiri apa usaha nak menggajikan orang ikut utopia yang dia mahu?

Setakat ini, SCRUT AUTO takda masalah bayar gaji. Baru-baru ini semua gaji aku naikkan selepas aku takeover management. Lunch kita sediakan, PA takaful kita bagi. Kelemahan dan kekurangan pasti ada. Samalah macam pekerja punya kekurangan dan kemalasan.

Cumanya, projek servis malam dan weekend ni aku tak libatkan staff pun. Boss-boss yang buat. Level-level partner yang stay. Kita sama-sama strive dan mulakan. Kalau ada yang dipanggil OT, kami bayar ikut law. SCRUT AUTO kan ada ISO management. Kalau banyak masuk, kita buat shift apa masalah?

Kalau tak boleh kerja malam. Habis tu mall, restoran, hospital, klinik kena tutup lah? Siapa nak serve pula? Pandangan aku workshop ni macam hospital dan klinik. Kena sentiasa standby untuk masyarakat.

Puak yang tak setuju ni biasa dia sendiri loser, trauma, atau berjiwa negatif. Itu sebab aku selalu cabar mana-mana pekerja yang banyak songeh, setup your own business, office, hire at least 10 workers, then kita boleh coffee talk.

Dan aku sentiasa percaya, pekerja yang kuat complain tentang majikan ni sebenarnya dia takkan ke mana. Aku dah jumpa ramai. At the end, dia meloncat-loncat kerja, masih makan gaji dan mengutuk majikan atau jadi freelancer je. Ada berjaya buka company dan success in business? Masih menanti lagi..

Yang ada, datang jumpa aku cakap,
“Betullah boss, sekarang baru saya faham buat business ni susah. Urus pekerja paling susah..”

Aku hanya balas dengan senyuman..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.