KENYATAAN RASMI YB RINA SEBEGINI BUKANLAH KENYATAAN “IBU” YANG SAYANG KEPADA ADIK BELLA!

K

Kalau Bella anak korang, adakah korang akan keluarkan kenyataan macam ini?

Pasti TIDAK!
Kalau aku, ini kenyataan aku yang tegas dan jelas,

KENYATAAN TEGAS TERHADAP KES ADIK BELLA

Saya telah mengambil inisiatif bertemu dan mendengar secara terus keluhan dan hujahan individu-individu yang terlibat memperjuangkan kempen #JusticeForBella pada 9/9/2021.

Saya juga telah meneliti segala dokumen-dokumen bukti yang diberikan kepada saya iaitu beberapa laporan polis dari pelbagai pihak dan akuan bersumpah saksi yang melihat kejadian di rumah OKT.

Justeru, saya meminta pihak siasatan (PDRM) dan pihak pendakwaan (Jabatan Peguam Negara) untuk menyemak dan meneliti semula pertuduhan ke atas kes adik Bella ini dengan mengambil kira segala laporan dan persaksian yang ada.

Adik Bella ialah kanak-kanak OKU, perempuan dan sebatang kara. Jadi, saya sebagai menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ialah ibu kepada adik Bella, mengharapkan proses keadilan buat adik Bella dijalankan dengan amanah dan tanggungjawab.

#JusticeForBella

Tulis macam ni barulah steady. Anak kau kot, jumpa dah barai kena air panas, bengkak-bengkak, lebam-lebam, berparut, kurus kering, muka trauma, takkan sekadar panggil kami dengar dan buat kenyataan kami dah dengar dan dah kasitau intervensi yang dah dibuat.

Anyway, nasiblah ada #JusticeForBella kat atas surat tu. Nampaklah ada hint sikit. Tapi kalau aku yang jadi menteri, aku akan push KDN dan AGC buat maximum orang buat hal dengan anak aku.

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.