WALAU NAMPAK BODOH, TAPI DIA BUAT KERJA SEBAGAI MENTERI SUKAN!

W

Tak payah kenyataan rasmi yang skema. Dia minta terus direct pakai Twitter. Walaupun ada orang cakap,

“Awatlah nyondol gitu, takda group whatsapp ke?”

Memang nampk macam tulah. Dia sampaikan hasrat rakyat, hasrat mereka yang berada di bawah potfolio dia.

Macam kes Bella, “ibu” kepada Bella kenalah buat kerja. Desak dan desak. Bising dan bising. Kalau taknak jadi “ibu” Bella, bagi kami. JKM tak benarkan kami ambil Bella sebagai anak angkat. Konon nak tunggu kes ini selesai.

Disebabkan “ibu” Bella tak sayang sangat kepada Bella, jadi biarlah kami, godmother, godfather, godsister dan godbrother yang desak dan terus mendesak. Lawan dan terus melawan.

Mengundur? Kalau takut dilambung ombak takkan aku berumah di tepi pantai.

Tidak, walau selangkah. Teringat aku beberapa rangkap pantun klasik.

Bila todak melanda Singapura,
Habis dikerat dicincang lumat,
Bila khianat pada manusia,
Dunia akhirat takkan selamat.

Habis dikerat dicincang lumat,
Patinya diaduk dijadikan ubat,
Dunia akhirat takkan selamat,
Kecuali minta ampun nasuha taubat.

Anak jantan anak Temenggung,
Pergi memburu sampai ke Gombak,
Lalu berhenti mengutip petai,
Berani buat, berani tanggung,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

😉

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.