KERAJAAN-AGC PERLU BENARKAN RAKYAT MELANTIK DPP SWASTA SENDIRI..

K

Contoh 1 :
Kes kena raba – Dia mencari keadilan sebab diraba oleh politikus. DPP dah dakwa, tiba-tiba boss DPP arahkan tarik pendakwaan, DPP pun tarik ikut araban boss. Bagaimana mangsa nak dapatkan keadilan? Apa mangsa boleh buat?

Contoh 2 :
Kes anak mati – Anak mati dijerut katanya. Pengasuh tidak direman. Pendakwaan masih tak dibuat ke atas pengasuh. Kalau AGC taknak charge, keluarga anak itu boleh buat apa?

Contoh 3 :
Kes scam – Kau kena scam, polis taknak siasat, DPP taknak charge. Apa kau boleh buat?

—-

Kau tengok kes Najib dan Rosmah. Bagi memastikan AG tak boleh kacau, Tommy Thomas lantik peguam swasta jadi DPP. Sitambaran dengan Gopal Sri Ram. Ke dalam Najib, Rosmah pun tunggu masa je.

Takkan tiba-tiba nak pecat peguam swasta kan? Nampak sangat nanti. Kalau DPP gomen, kau naikkan pangkat ke, kau tukarkan ke, gugurkan ke, ganti orang lain. Siapa boleh pertikai?

Aku cuma terfikir yang AGC kena lebih terbuka dan telus. Kalau tidak rakyat marhaen tertindas lah especially bila manjadi mangsa kapitalis kaya dan politikus yang berkuasa.

Ada mana-mana DPP berani bermubahalah kata AGC bersih daripada rasuah, korupsi dan campurtangan badan eksekutif dan politik?

Ada? Kalau ada silakan. Kenalkan diri mubahalah lah! Lepas ni DPP buat kes curi RM22 jela. Kes juta-juta bilion-bilion takyah buatlah..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.