Sebelum korang baca catatan baru ni, kau ulangkaji dulu catatan pertama dan kedua sebelum ini.
1. https://www.facebook.com/100037715657121/posts/295276048406248/?extid=IKpIJXgbex7tQ5Ae&d=n
2. https://www.facebook.com/100011300684188/posts/1165519953834683/?extid=qQFFHkqsNSMJ3s1P&d=n
Hari tu aku ada up satu story pasal Axia Kompang aku. Aku sebenarnya takda niat nak delete pun, cuma aku nak ganti dengan gambar yang baru tetapi bila tekan delete foto, sekali dengan posting hilang. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
Sebelum tu aku nak ceritalah sikit. Masa hari kejadian tu, aku dengan Nik Izwan Kamel dan Azri Gadget Stuff sedang minum tengah hari. Kata seorang kawan, nak tau company tu company cuci duit ni senang je, tiba-tiba dia muncul meriah, tapi semua enterprise. Nama kedai owned by A, tapi bayar to B. Kedai takda cctv, kalau ada pun dummy camera je sebab taknak ada bukti kalau kena raid. Biasa kedai cuci duit ni, kedai-kedai aksesori kereta. Alah, kau pun tau kan?
Anyway, selepas Saiful Yusoof, atau nama sebenarnya, Muhamad Saifulbakri bin Yusoof menghubungi aku melalui Facebook, juga seorang pekerja senior mereka yang bernama Nasrul. Aku telah menghubungi Saiful. Aku ajak dia berjumpa kerana aku rasa ada beberapa isu yang dia kena maklum. Ada beberapa perkara yang aku rasa tidak kena.
Dia jawab dia busy. Dia kata dia pun tak pergi kedai sangat. Dia tinggal di Dengkil. Dia cakap dia kerja kerajaan. Dia bagitau, dia ada 21 cawangan kedai tinted UV Kool! Wow! Masyuk betul dia ni. Kerja kerajaan, ada bisnes besar. Aku singgah ke wall dia, aku lihat dia main golf. Wow! Sekali lagi aku impress, orang kerja kerajaan main golf. Mungkin dia ni jusa level ni! Usahawan 2 kerja yang dikempen oleh Ahmad Maslan ni! Sambil kerja kerajaan, ambil gaji kerajaan, boleh manage 21 cawangan, ini high level management skill ni!
Aku sendiri ke kedai tinted UV Kool Bangi berjumpa dengan pekerja-pekerja dia di sana. Kedai tersebut tiada cctv. Yang ada, bukti no plate Axia Kompang aku ada dalam rekod mereka. Jadi sah kereta aku sudah sampai di sana. Buat mereka yang kata aku buat cerita, taubat segera! Tapi, isu baru pula timbul, mereka kata driver aku dah bayar RM470. Walaupun sebelum ini pihak UV Kool sembang tinted dia RM188. Itu misleading advertising. Ah, tapi itu isu lain.
Yang menjadikan aku ada sedikit rasa sangsi pula, di signboard kedai ditulis dimiliki oleh UV Kool Ventures tetapi pembayaran dibuat kepada Mirza Brothers. Selepas aku SCRUT menggunakan Interepo (www.interepo.com), aku mendapati kedua-dua sole proprietor tersebut dimiliki oleh Muhamad Saifulbakri bin Yosoof yang baru berusia 34 tahun.
Sebagai penjawat awam yang baru berusia 34 tahun, aku kira gred paling tinggi dalam kerajaan hanya 48 rasanya. Menurut rakan-rakan aku di jabatan kerajaan, dia juga bukan seorang PTD. Jadi besar kemungkinan, dia ini anak orang kaya atau sangat pandai berniaga. Sambil kerja kerajaan sambil berniaga. Hebat anak muda!
Isu sebenar. Setelah aku betul-betul confront driver aku tu. Barulah dia cerita perkara sebenar. Cerita yang dia cerita tu konsisten je tanpa perubahan, cuma ada sedikit tambahan yang dia terpaksa bayar RM470 kerana diugut dan diancam oleh pekerja-pekerja di UV Kool Bangi. Lepas dia bayar, baru budak-budak di situ alih kereta dan benarkan dia pergi. Oh lupa, cerita seorang individu cina (seperti) mengaku sebagai boss di sana juga dia cakap ia berlaku. Tapi, itu bukan isu sangatlah, aku tak minat main racial card. Perangai chavinist ni, Melayu pun ada.
Itulah gaya perangai chauvinist, ultra kiasu, kongsi gelap Gee Hin dan Haisan mereka yang aku maksudkan, mengancam dan mengugut pengguna, yang paling best menipu aku. Pada tarikh tersebut, 12/9/2020, sampai 14/9/2020, Axia Kompang aku memang tidak bertinted. Ini aku sendiri lihat dengan mata kepala aku. Kereta aku, parking depan rumah aku. Bukan parking depan rumah boss UV Kool atau rumah Nasrul tu. Kalau dah tinted, buat apa aku suruh pergi tinted deka tempat lain kan?
Nasrul (leader/trainer UV Kool) mengatakan dia berada di sana ketika kejadian, dia dengan berani mengesahkan kereta tersebut telah ditinted, kejadian seperti didakwa driver aku tidak berlaku. Aku minta gambar bukti dah tinted, takda. Jadi, aku pasti mereka menipu sebab Axia Kompang aku tu memang tak bertinted sampai 15/9/2020. Ini aku pasti. 2 malam kereta tu terpacak depan rumah aku. Aku ulang sekali lagi, depan rumah aku, bukan depan rumah kau!
Pada 15/9/2020, barulah ia ditinted. Hal ini boleh dibuktikan dengan invoice dan warranty card dari Raytech dengan persaksian Acab (Azri Gadjet) selain aku. Kalau dah tinted, buat apa aku tinted lagi kan. Raytech charge lagi murah pula tu! Hanya RM200 sahaja! Aku transfer pun RM300 pada 14/9/2020. (Rujuk warranty Raytech dan receipt di bawah)
Aku pun malas nak semak kepala, aku suruh driver aku buat polis report kalau dia tak menipu. Ceritakan yang sebetulnya, jangan sorok-sorok. (Polis reportnya seperti di bawah.) Untuk pengetahuan korang, driver aku ni budak baik yang telah trauma dengan kekasaran. Dia pernah dilokap kereta melawan orang yang nak langgar dia di jalan raya. Aku yang jamin dia keluar. Dia bagitau aku, dia dah malas nak gaduh-gaduh sebab itu dia bayar je dan bergegas ke tempat tinted lain yang aku setkan. Ya, kita rasa tindakan dia macam bangang, tapi setiap manusia kan berbeza ragamnya.
Report polis adalah cara menurut undang-undang dunia. Aku juga minta dia bermubahalah (sumpah laknat) untuk lebih menyakinkan aku. Aku dah ingatkan dia siap-siap, sumpah laknat ni jangan main-main. Dia jawab dia ready untuk sumpah laknat. Dia juga telah bersumpah laknat. (Rujuk video di bawah.)
Buat pengetahuan korang, ia adalah kaedah yang diajar oleh Nabi.
Daripada Ibn Abbas beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Maksudnya : Bukti ke atas orang yang mendakwa, sumpah ke atas orang yang mengingkari tuduhan ke atas dirinya.
Aku sendiri juga tidak ragu-ragu untuk bermubahalah dengan boss UV Koool, Muhamad Saifulbakri bin Yusoof atas persaksian mata kepala aku melihat kereta Axia Kompang aku tidak ditinted pasa 12/9/2020 sampai 14/9/2020. Kalau dia berani dan percayakan para pekerjanya, ayuh kita lakukan! Wallahi, kereta itu memang tidak bertinted lagi pada 12/9/2020 dan jika pekerja-pekerja di sana kata dah tinted ia adalah dusta yang nyata!
Jadi, aku telah minta boss pihak di sana menyuruh para pekerja mereka yang beriman dan berstatus BMF katanya, untuk melakukan mubahalah balas terhadap driver aku. Kemudian kita sama-sama tutup kes dan tunggu laknat Allah turun dekat pendusta dan kazzab itu! Aku dah tunggu 2 hari, takda pun whatsapp video diorang mubahalah dan copy report polis diorang yang dihantar kepada aku.
Ketika aku menghubungi Saiful kali pertama, dia kata, apalah sangat RM300-RM400 tu, takkan nak tipu. Yelah, ada 21 cawangan kan, apalah sangat kan. Tapi bila aku cuba dapatkan balik wang driver aku, dia taknak pula bagi. Haih, gaji driver aku tu bukan besar mana, dizalimi begitu rupa, aku rasa kejamnya manusia akhir zaman ini. Aku suruhlah driver aku lodge tribunal, report LHDN, SPRM, PBT dan mana-mana lagi pihak berkuasa yang boleh tolong dia dapatkan balik RM470 dia tu.
Begitulah kisah aku dengan Axia Kompang aku. Sampai dengan driver aku hilang keyakinan diri dan jadi lemah nak berdepan dengan anak-anak buah kapitalis.
p/s : Ohya, pasal banker biadap tu aku tak dapat jumpa pun, sebab kata banker yang datang mengadap aku tu, yang biadap tu gang processing. Tak kiralah, so yang datang tulah terpaksa dengar tazkirah Zohor pasal larangan berkasta dalam Islam.
—-
Rujuk..
Foto 1 : Kedai UV Kool Bangi.
Foto 2 : Rekod dalam logbook.
Foto 3 : Receipt bayaran RM470 dibuat driver aku.
Foto 4 : Bukti aku baru transfer duit untuk buat tinted pada 15/9/2020 esoknya.
Foto 5, 6 & 7 : Komunikasi aku dengan driver aku pada 12/9/2020.
Foto 8 : Warranty dati Raytech. Siapa nama Acap lagi.
Foto 9 : Receipt pembayaran Raytect Sungai Sekamat.
Foto 10 & 11 : Report polis.
Video 12 : Mubahalah driver aku.
Foto 13 : Bank statement dari driver aku.