KISAH KERAJAAN WAKANDA, BANK NEGARA WAKANDA (BNW) DAN ALLIANCE (Persatuan) BANK WAKANDA (ABW)

K

Bagaimana Black Panther melawan kapitalis riba di Wakanda?

Syarikat kami terlibat secara tidak langsung dengan pembangunan sistem blockchain bagi beberapa bank di Wakanda pada tahun 2017. Jadi kami sangat dekat dengan Group CEO, COO dan head-head mereka. Untuk pengetahuan korang, Wakanda ini adalah negara Islam yang kebanyakan pemilik bank-bank di Wakanda adalah muslim. Tetapi kebanyakan bank-bank mereka diuruskan operasi dan strategynya oleh orang India dan China. Ohya, Islamic bank juga diwujudkan dicelah-celah riba melalu Islamic window.

Setelah Wakanda diserang Thanos, negara diarahkan lockdown 8 bulan. Presiden negara Wakanda, T’Challa telah berbincang dengan menteri kewangannya T’Cheroi dan gabenur BNW, T’Pedah. Kemudian dengan ABW yang diketuai oleh CEO-CEO bank-bank di Wakanda. Selepas perbincangan dibuat, ABW bersetuju untuk memberikan rakyat Wakanda moratorium selama 8 bulan tanpa apa-apa penambahan interest. Maka T’Challa telah membuat pengumuman dan bergembiralah rakyat Wakanda dengan laungan Wakanda For Eva bergema di seluruh pelusuk negara!

Selepas hampir 1 bulan moratorium berjalan. CEO private bank paling kaya di Wakanda, Tublic Bank, T’Chalek yang berumur hampir 80 tahun, top 10 orang terkaya di Wakanda, merasakan bank dia akan tak untung banyak dengan moratorium 8 bulan ini. Maka dia telah mengajak 2 lagi bank besar lain untuk bersama-sama dia.

T’Chairol, CEO Rahmat Hasan Bank, seorang muslim liberal dan T’Chdom, CEO Ban Leong Bank, juga top 10 orang terkaya di Wakanda diajak bersama T’Chalek untuk bermusyawwarah dengan gabenur BNW bagi melakukan sedikit perubahan terhadap apa yang mereka peresetujui sebelum itu. Atas tekanan 3 orang CEO bank yang berpengaruh ini, akhirnya gabenur BNW mengalah. Ada juga desas desus terdengar yang gabenur ini ada beli share 3 bank tersebut dan gabenur ini tidak begitu favor presiden T’Challa kerana merupakan pernah bekerja dengan Tahanos sebelum ini. Dengan keputusannya, reputasi T’Challa akan tercalar. Dengan pantas dia mengarahkan anak buahnya buat announcement di web rasmi BNW!

Maka, dalam satu malam sahaja lahirlah ramai ahli kewangan dan perbankan di Wakanda. Yang sekadar grad diploma sains sosial bising, grad bisnes admin pun cuba tunjuk pandai menghasut rakyat, yang takda loan dengan bank-bank pun memekak macam dia yang dizalimi. Tanpa apa-apa solusi diberi.

Akhirnya, datang seorang anak muda, anak kepada T’Chekiah, graduan economy dari Wakanda School of Economics mencadangkan supaya orang awam, rakyat marhaen dan bisnes-bisnes kecil sederhana di Wakanda mengeluarkan 99.99% wang simpanan dari kesemua 3 bank tersebut sempena lockdown di Wakanda. Lockdown kan orang duduk rumah je, siapa nak merompak. Lagipun Wakanda negara yang sangat civilized tak macam Yarungha. Cadangan anak muda itu disambut baik dengan penuh semangat oleh warga Wakanda.

Kata anak muda itu ketika memberi pidato kepada rakyat Wakanda,

“Jangan kamu semua harapkan orang politik untuk tolong kita, mereka semua bergaji besar, berjubah, bercoat dan berbaju kolar. Mereka itu hanya bersendiwara menjaga kita dan sebenarnya takut kepada kapitalis jahat di atas sana.”

“Rakyat harus bangkit dan gerak sendiri menggunakan akal, melalui saluran yang betul. Kita keluarkan 99.99% wang dalam bank dan e-wallet kita hari ini, esok mereka akan datang menyembah kita!”

“Mereka pasti menyembah kita!”

“Wakanda For Eva!”

Maka keesokan harinya, warga Wakanda mula withdraw duit mereka dari bank-bank di Wakanda terutama 3 bank tersebut. Tindakan tersebut menyebabkan bank-bank tersebut akhirnya menyerah kalah hanya selepas 2 minggu rakyat Wakanda mengeluarkan wang dari bank mereka. Bank-bank di Wakanda berikrar tidak mahu mengubah polisi awal yang mereka telah persetujui. CEO-CEO jahat tadi dan gabenur BNW juga meletakkan jawatan selepas itu

Kejadian itu dipanggil, End Game of an inevitable capitalisme. Selepas itu, anak muda itu digelar sebagai The Black Panther! Ohya, nama anak muda The Black Panther itu ialah T’Chiduk!

Aku harap korang semua ambil pengajaran dari kejadian di Wakanda. Bagaimana The Black Panther takda tunggu-tunggu orang politik buat kerja. Dia buat gerakan rakyat yang akhirnya menumbangkan kuasa kapitalis di negara Wakanda. Bukan sahaja politikus patut tunduk kepada rakyat, bank-bank kapitalis riba juga patut tunduk.

#HEILB40M40
#NYAHKAPITALISJAHAT
#LAWANKAPITALISRIBA

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.