KISAH LUCU LEBAI MUAMALAT UNIVERSITI MALAYA TENTANG BLOCKCHAIN DAN MATAWANG KRIPTO

K

Aku dah lama nak tulis pasal ni. Tapi aku asyik terlupa sahaja. Kali ini aku nak tulis kisah lawak seorang lebai muamalat yang anti matawang kripto.

Kisahnya bermula begini. Setelah Dr. Yat Saidal berjaya melobi aku untuk membina lab blockchain di UM, Dr. Yat ada blast email untuk kerjasama dengan mana-mana pihak di UM yang nak buat research berkaitan blockchain.

Tiba-tiba, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah menyambut seruan Dr. Yat, dia bercadang nak buat sesuatu menggunakan sistem smart contract Etherium. Setelah Dr. Yat memberitahu aku, berdekah-dekah aku gelak dan ketawa.

Mana tidaknya, Dr. Sufian ialah pengelola page FB Muamalat.my dan juga kawan baik si penipu gelaran ustaz, “Ustaz Abd Aziz Lariba”. Sudah pasti Dr. Sufian tidak bersetuju dengan bitcoin atau mana-mana matawang kripto sama seperti Lebai Lariba. Dia ialah syaikh kepada Lebai Lariba.

Mungkin dia taktau, nak guna smart contract kena pakai matawang kripto (Ether) untuk bayar servis smart contract. Ether itu matawang kripto. Yelah, dia lebai je. Mana dia tau pasal ini. Sebab itu nak keluar pandangan atau fatwa, Islam suruh refer kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut.

Apabila dia mencadangkan untuk menggunakan Etherium, dalam masa yang sama dia anti-matawang kripto, jelas nampak dia sangat jahil dalam bidang ini. Ya, memang biasa dicanang slogan sebegini,

“Blockchain ok, matawang kripto je tak boleh.”

Inilah skrip yang membuktikan para lebai muamalat, mufti, ustaz dan maulana gagal dalam memahami teknologi blockchain ini. Kegagalan memahami teknologi inilah yang menghasilkan fatwa yang merepek seperti fatwa tentang bitcoin dari Majlis Fatwa Wilayah.

Fatwa marjuh lagi karut itu juga didukung oleh lebai-lebai yang begitu benci dengan teknologi ini seperti page “Ustaz Lariba” dan “Muamalat.my”. Perkara ini tidak menghairankan kerana para pembenci pasti menanti fatwa yang berpihak kepada mereka walaupun hujah di dalam fatwa sangat merepek.

Aku sedia maklum yang Lebai Lariba memang jahil, ramai di kalangan ilmuwan Islam dah kasitau aku, Lariba ni ZERO ilmu muamalat. Tapi suka nak tunjuk terer. Mungkin ada backup Dr. Sufian, dia rasa dia hebat la kot. Sebab itu dia kena pakai gelaran ustaz. Macam Azizan Osman nak gain trust, nak pakai title “Dr.” juga.

Cuma aku pelik, kenapa Dr. Sufian tidak menegur Lebai Lariba kerana menipu gelaran. Buat masa ini, Dr. Abdel Rahmanov yang mempunyai prinsip yang benar melawan scammer. Termasuk melawan scammer gelaran seperti “Ustaz” Abdul Aziz Lariba. Secara terbuka dia pernah sound. Rujuk :

Jadi aku cadangkan UM buat sesi “interrogation” dengan Lebai Sufian tentang kefahaman dia dalam dunia kripto dan teknologi blockchain. Biar aku yang grill dia dengan pelbagai soalan. Kita boleh lihat sama ada dia akan ubah pandangan atau terus menerus merepek.

Boleh Abu Aisyah Yat Saaidal?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.