KISAH PAK PARAM (PP) DI WAKANDA..

K

Ada suatu kisah di Wakanda. Ada satu syarikat public listed yang tersenarai di papan utama WSE (Wakanda Stock Exchange). Namanya Serbi Statik (SS).

Syarikat tersebut selama ini diaudit oleh firma audit big 4 lebih 5 tahun. Tahun lalu, firma audit tersebut telah raise isu tentang 6B Wakanda Dinar (WD) yang keluar secara tidak jelas.

Firma audit telah flag SS, maka Wakanda Security Commission (WSC) telah datang raid office SS. Mereka jumpa bermacam-macam bukti. Antaranya cop-cop main contractor mereka.

Selain itu, PP juga didapati melakukan manipulasi harga saham mereka dengan membuat mengumuman mendapat kontrak di luar negara yang sebenarnya syarikat yang memberi kontrak kepada SS adalah milik PP sendiri.

Syarikat di luar negara itu pun sangat dodgy. Setelah diperiksa, ia milik PP dan kroni-kroninya. Apabila PP sudah kehabisan peluru. Dia menggunakan peluru terakhir.

Dia buat press conference, mengupah tokoh-tokoh BWF (Buy Wakanda First) untuk bermain racial card yang kononnya ada hidden hand yang cuba menghancurkan syarikat milik aborigin Wakanda.

Maka ramailah mereka yang taksub dengan BWF diperguna untuk membeli saham-saham SS yang sedang jatuh tergolek. Kesian. Akhirnya, mereka yang membeli saham SS tersontot sebab SS akhirnya jadi PN17 dan digantung dari WSE.

Semoga kita mengambil pengajaran..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.