KISAH SEBENAR DISEBALIK CONTRACT SOURCING

K

Sebelum korang baca kisah ini, aku harap korang dah baca posting sebelum ini.

Klik sini..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=203531245339610&id=100070482068557

Suatu hari yang ceria, tiba-tiba seorang sahabat lama menelefon aku,
“Bro, aku nak jumpa kau, nak minta tolong ni.”

Seorang sahabat yang dah jadi orang besar di sebuah GLC menghubungi aku. Aku pun suruhlah dia datang ke office aku. Sembang-sembang, rupanya dia tengah stress dengan resource daripada India dan Vietnam.

Dia cakap,
“Bro, aku nak ambil semua staff kau boleh?”

Aku reply,
“Mana boleh, aku ada project kena buat.”

Dia pun ceritalah pasal perangai-perangai programmer-programmer expat-expat dari India dan Vietnam.

Aku kasitau dia,
“Aku mana reti buat recruitment, takkan untuk kau je?”

Maka bermulalah dia panggil kawan-kawan dia daripada GLC-GLC dan MNC-MNC lain. Dari situ aku kasitau,
“Kalau rate lama korang, aku rasa tak attractive. Kalau boleh kena lebih dari entry permanant lah. RM5,000 minimum boleh?”

Aku pun tanyalah apa language dan technology stacks diorang pakai. Maka jawapan yang diterima adalah, depends dengan project. Ada Php, ada .Net, ada Python, ada Outsystem, ada Java, ada Javascript, ada Swift, dan macam-macam lagi. Bergantung kepada project, product owner, solution architect atau ED.

Nak kasitau, puak ni tak bagi kerja by project. Dia beli man-days. Dia beli orang, letak dalam project-project diorang. So, takda job description. Itu sebab puak ni minta CV je. Daripada sehari RM200/day, sampai sehari RM1400/day. Pada aku good money-lah.

Yang aku tau entry wages GLC or MNC besar RM4500 sebulan, tapi pointer kena power biasanya. So, budak-budak pointer rendah biasanya tak dapat masuk. Aku terfikir, inilah kot peluang ke-2 budak-budak nak masuk MNC-GLC melalui cara contract dulu.

Sebab member aku tu pun masuk melalui contract, kemudian di-absorb masuk. La ni jadi orang besar dalam GLC besar. Pointer masa grad hancur, English hancur, tapi terer. Dulu nak masuk GLC ni mana lepas pointer dia. Aku membayangkan ramai lagi anak-anak kita yang boleh jadi macam dia. Yelah, gaji dia level 20k lebih dah.

Aku terbayang kawan-kawan aku yang senior programmer terer yang masih merangkak, stress, gaji kecik, tak break lagi 5 angka. Buat freelance sana sini. Kena scam tak dibayar. Buat kelas mengajar. Ada yang buat startup, sontot. Takkan sampai umur 40 lebih diorang nak coding. So, awal-awal dulu aku pass je nama-nama kawan-kawan dan kenalan-kenalan. Alhamdulillah, yang terima sudah ada senyum panjang.

Mungkin syarikat aku mampu bayar banyak tu, tapi, tak mampu nak hire ramai-ramai. Aku taktau la otai-otai yang claim otai tu ada buka syarikat hire ramai-ramai kasi gaji besar-besar ke tak. Adalah semalam orang claim dia dapat 5 angka buat basic CRUD je. Aku dah tolong sampai-sampaikan.

Cuma aku percaya, nak gaji besar selain perlu ada skill yang baik, kita juga perlu berada di tempat yang mampu bayar banyak walaupun tak terer lagi. GLC dan MNC adalah tempatnya. Pengalaman aku interview programmer-programmer ni, yang demand gaji tinggi-tinggi, masa interview pun memang fail. Buat simple test pun fail. Tapi nak demand gaji tinggi. So, aku rasa campak diorang ni ke GLC-MNC camni ok kot. Diorang ada banyak masa belajar.

So, aku tanya kartel tersebut,
“Apa projek tengah on? Nak pakai language apa? Technology stacks apa?”

Salah seorang reply,
“Aku nak 5 orang, .Net, Azure, Angular..”

Aku pun offer balik kat budak-budak yang gagal tadi.
“Nak tak kerja dekat GLC *******, gaji RM600/day. Pakai .Net, Azure, Angular..”

Diorang reply, “Tak biasalah .Net.”

Walhal gaji diorang dekat company lama RM2500 je.

Aku balas,
“Awak boleh belajar kan? Benda sama je, environment dan syntex la beza. Programmer sepatut boleh belajar. Staff saya boleh je within 2 weeks dah boleh buat kerja.”

Diorang reply,
“Nanti kami confirm balik.”

Lepas tu krik-krik.

Yang bagusnya MNC-GLC contract IT ni, first 3 month knowledge tranfer. Macam makan gaji buta. Masa tulah diorang belajar, setup environment dan biasakan language dan technology stacks yang diorang tak biasa pakai tu.

Lepas tu, aku kasitau kartel tu,
“Weh, semaklah budak-budak kita ni. Diorang tak stim la RM600/day, sebab contract kot!”

Sahabat aku tu reply,
“Bukan bro, budak-budak tu sebenarnya coder je, bukan programmer, kalau programmer, takut apa tukar language. Aku pun dulu start dengan PHP, native lagi. Dah berapa banyak language aku meloncat, aku pun tak ingat dah. Takpa bro, demi negara kau absorb diorang jadi permanant dekat company kau, kau sub diorang masuk tempat kami kalau diorang takut dengan perkataan contract.”

Since benda recruitment ni bukan business aku, aku rasa semak. Aku pun suruhlah developer aku buatkan https://jobs.panglima.org supaya orang boleh drop je CV since aku memang tau dah perangai-perangai manusia ni macam mana. Dahlah aku takda untung sesen pun.

“Weh, aku tolong korang ni, aku dapat apa siot?”

Diorang reply,
“Dapat Allah bro. Allah syayang. Kau kan nak berjuang untuk anak bangsa. Tolonglah kami yang nak tendang expat-expat takda kualiti dalam GLC kita ni.”

Aku hanya senyum sinis. Aku kasitau, bila aku lapar, aku akan jerit,
“Laparr!!”

“Maka, malam itu aku nak dinner dekat Nobu, St. Regis atau MO sahaja.”

Itulah perjanjian aku dengan diorang. Yang didasari dengan semangat patriotisme. Kita usaha, kita merancang, tuhan akan tentukan. Apa yang penting, niat asal kami suci murni. Korang bayangkan, diorang yang nak orang, diorang yang payung aku. Bukan aku yang payung diorang. Kalau recruiter, akulah kena jilat dan payung diorang.

Lagi satu, untuk contract macam ni. Budak takda degree, drop out, diploma pun boleh masuk. Skill sahaja yang diperlukan. Kalau kau nak masuk ikut jalan corporate, memang kau takkan dapat masuk. Itu sebab aku rasa benda ni best untuk aku promote.

Aku cuma nak share opportunity ni je. Kalau taknak, sombong, bongkak, takbak berubah, mereka dari India dan Vietnam sentiasa menanti. Baru-baru ni Bangladesh, Philipine dan Pakistan pun dah mula orang bawa masuk. Puak ni simple je, dia submit je CV. Dalam CV hampir semua language yang popular dia dah listkan dia pandai. Bila tanya,
“.Net can?”

Dia reply,
“Expert level”

Aku tanya,
“Python can?”
“Advance level.”

Steady! Walaupun macam jilaker. Tapi aku respect. Sebab itu diorang penuh dalam GLC-GLC kita ni. Diorang siap promote lagi kawan-kawan diorang lagi.

“Boss, I have 12 other friends who know many languages and technology stacks like myself, boss. I can email their CV to you. We can work extra hours, weekend also can, 24 hours ready, boss..”

Itulah kisahnya. Itu yang aku tergelak baca manusia yang mengaku otai programmer, tapi bila aku tengok wall dia, dia main forex. Cikgu sekolah yang nak popular dengan content-content sampah nak enterframe, walhal tak faham isu pun, mungkin dia tu zaman lepas matriks kena lelong jadi cikgu kot. Peguam penghina Nabi pun nampak peluang nak enterframe. Dia pun apa kau expect, Nabi pun dia hina. Grad law pun umur nak dekat 40. Aku tergelak je.

Apa adahal. Niat aku ikhlas. Kalau aku kaya macam otai-otai, company aku besar macam otai-otai. Mestilah aku sendiri yang offer siap dengan job description dan gaji RM10k minimum. Malangnya, aku ini hanya semut merah, naik Axia Kompang, hanya penjual pinggan mangkuk dan cekelat-cekelat.

Jadi aku menyeru juga kepada otai-otai, bersama-samalah kita mencipta peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita dengan gaji minimum RM10k sebagai coder simple CRUD sahaja. Aku tau aku gagal sebab offer RM5k je minimum dan kena bersedia untuk bertukar-tukar language dan belajar macam-macam technology stacks bergantung kepada project.

Ya, aku tau aku gagal nak nego buat simple CRUD 1 language gaji RM10k. Tapi kalau ada sesiapa nak try loncat masuk GLC-MNC di bawah kartel kawan-kawan aku. Hantarlah CV anda. Ingat orang muda, kita sebagai programmer, bukan sahaja kena pandai bahasa computer, kita juga kena faham Bahasa Manusia. Kalau tak, takda beza kita dengan orang import dari India dan Vietnam tu. Bahasa Manusia ini ada konteks yang nak kena faham.

https://jobs.panglima.org/

Asalkan kau made in Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Hantar CV korang. Tulis segala kehebatan anda. Tapi kalau nak cepat dan senang dapat. Tulis siap-siap korang willing tukar dan belajar new language. Kalau nak follow style programmer India, letak segala language yang popular. Masa interview, pandai-pandailah goreng.

Nota : Jangan hantar CV kalau tak faham tulisan yang aku tulis di atas ini.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.