KISAH SIFU SAHAM..

K

Bila profit, share lampu hijau. Tunjuk untung, sembang kaya. Dia gentel follower-follower sampai stim, berair dan akhirnya terjebak dengan trading saham. Jadi murid, bayar kelas dan subscribe broker. Sifu dapat fi kelas dan refferal dari broker. Masyuk!

Suatu hari, ada calon murid datang, minta trading history (p&l) selama sifu itu pernah trading untuk buktikan sifu itu layak mengajar. Sifu yang selama ini buat duit dengan kelas pun jawab,

“Cubalah dulu, tak cuba mana tahu. Kan?”

Calon murid itu jawab,

“Saya datang sebab tuan buka kelas mengajar trading secara umum, jadi saya nak tahulah adakah benar tuan sendiri betul-betul buat duit/jadi kaya dengan trading atau tuan sebenarnya buat duit/jadi kaya dengan kelas. Sebab saya nak belajar trading, bukan belajar buat kelas..”

Sifu saham terus tutup pintu dah naikkan FB status.

“Aku tak paksa sesiapa pun belajar dengan aku. Kalau nak cuba, cubalah. Takkan bila ada orang gagal meniaga, nak kata jangan meniaga, bawa kereta accident, aku kata jangan drive. Taknak sudah..”

😜

ps : Qiyas main saham dengan berniaga dan memandu tu qiyas mungkar. Qiyas maal fariq.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.