KISAH SUAMI DAIYUS YANG KEMUDIANNYA MENJADI AWESOME!

K

Berikutan tulisan aku yang menceritakan kesan viral aib ibu/ayah terhadap anak-anak, sahabat aku telah menghubungi aku. Dia kasitau,

“Aliff boleh cerita kisah abang untuk masyarakat ambil tauladan. Kalau abang yang tulis, orang tau. Jadi aib pula dekat janda abang. Aliff tulis, orang pun tak tau siapa. Aliff pun tak kenal janda abang..”

Sahabat aku ini telah berkahwin dengan orang kayangan katanya. Bini dia ini kira hotlah zaman dia, sebab model majalah. Dia orang bandar. Kerja bagus, berpendidikan tinggi, gaji pun besar. Sahabat aku ini, orang kampung, baru nak up business.

Dia admit dia TB dan daiyus ketika itu. Sampai level bini dia control bila boleh balik rumah emak dia. Bini dia sampai dah kantoi 3-4 kali main dengan orang lain pun dia sabar. Kena tangkap sendiri dengan mata kepala dia pun dia sabar lagi. Kalau zaman tu phone ada kamera, memang dia rakam dah katanya. Tak cukup lagi, bini dia ditangkap lesbian pula atas katil sendiri!

Tapi dia tak berani nak menceraikan bini dia kerana fikirkan anak-anak dia. Dia depress sampai tak boleh nak bercakap. Adik beradik dah maki hamun pasal daiyus apa semua. Sampailah suatu hari, dia ceraikan bini dia tu. Dia keluar rumah sehelai sepinggang. Dia bertekad, apa nak jadi, jadilah.

Ex-bini tak kasi jumpa anak-anak dia. Diheret ke mahkamah minta nafkah pula sedangkan rumah dan wang simpanan semua ex-bini dah ambil. So, dia give up tak dapat jumpa anak-anak dia. Ketika itu dia down, takda duit.

Dicanang pula cerita yang sahabat aku ini dah mati pucuk sebagai alasan mereka bercerai. Kawan-kawan sampai ejek dia. Sampai sahabat aku ni nekad, kalau nikah lagi, dia akan buktikan dan alhamdulillah, lepas nikah lagi, 6 orang dapat. Steady!

Lebih dahsyat, ex-bini buat laporan palsu pula yang sahabat aku ini terlibat dengan rasuah. Bisnes dia yang baru nak naik, tergolek balik disebabkan fitnah jahat ini. Selepas 2 tahun, baru BPR (Badan Pencegah Rasuah, kini SPRM) clearkan dia. Sekali lagi dia dianiaya ex-bini.

Dia terus kerja kuat untuk berjaya. Ex-bini pula makin merepek. Sampai satu hari, anak-anak yang tinggal dengan ex-bini lari dari rumah dan nak tinggal dengan dia sebab tak tahan dengan masalah ibu dia. Katanya,

“Abang tak pernah cerita pun dekat anak-anak abang pasal perangai mak dia dan kenapa kami bercerai. Janda abang pula, hari-hari zikir dekat anak-anak yang abang ni jahat, kaki perempuan, bapa tak bertanggungjawab, tak bagi duit. Tapi akhirnya diorang sendiri sedar dan nampak siapa di pihak yang benar, siapa yang betul-betul sayang diorang.”

Anak-anak ini dihantar belajar sampai ke luar negara. Semua dia tanggung sendiri, sekolah private, fly private. Ex-bini tak mampu. Anak-anak baru semuanya dihantar hafal al-Quran pula dan perubahan besar bermula. Anak-anak dengan ex-bini pun ikut berubah. Ramai kawan-kawan semua terkejut dengan perubahan dia ni.

Daripada loser, TB dan daiyus, jadi jantan, king dan awesome. Paling steady, perubahan dalam hidup dia jelas selepas berhijrah. Yang ex-bini masih terkial-kial mencari tapak untuk teruskan hidup. Masih ada percubaan nak dengki dan khianat dia.

Nampak, walaupun ex-bini ini telah berjaya menjatuhkan sahabat aku ini, buat dia merana, menderita dan sengsara. Dia move on je. Move on in senjata serampang 2 mata. Ia menyerang balik bagai parang terbang, dalam masa yang sama, hidup kau pun tenang. Ex-bini je yang masih tak move on, in-denial dan masih nak ganggu-ganggu sahabat aku ini sampai hari ini.

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ini adalah :
1. Bercerai bukanlah sebuah kegagalan, tetapi permulaan sebuah perubahan.
2. Jangan jadikan anak buffer dalam sebuah keputusan. Cerai dengan baik adalah solusi terbaik jika salah seorang sudah tidak boleh terima pasangan seadanya.
3. Jangan buka aib bekas pasangan. Setidak-tidaknya dia mak/ayah kepada anak-anak kita.
4. Move on dan bina hidup baru. Orang dah tak suka kita, buat apa kita nak kejar lagi. Orang baik dan awesome pasti ramai yang mahu.
5. Belajar daripada kegagalan lepas. Kesilapan lalu, jangan dibiarkan berulang. Kena cepat bertindak.

Suatu perkara yang aku belajar dan ingat dia cakap sampai jadi ayat standard aku bila nasihatkan orang hal isteri/suami curang ni.

“Untuk apa kau nak bagitau anak-anak kau yang mak/pak dia ni penzina, jahat dan curang? Dia tu mak/pak anak-anak kau juga kan?”

“Untuk apa kau jaja cerita kau merata-rata, nampak kau yang tak move on. Kau yang desperate. Kalau kau steady, cerai, then move on jela. Kita bukan tuhan nak hukum dia sampai dia mati.”

Kesimpulannya, bila suami isteri bergaduh dan bercerai, sepatutnya bukan nak cari siapa salah, siapa betul. Masing-masing bukan sempurna. Pasti masing-masing ada salah dan silap. Tetapi siapa yang berjaya keluar daripada kemelut dan move on dululah yang berjaya. At the end, sampai bila kau nak maki si pesalah itu pesalah, seolah-olah tuhan itu tiada sifat maha pengampun, maha pemurah dan maha pengasihani, yang tiada pengampunan buat si pesalah.

Isteri/suami kau curang? Move on! Dia dah tak suka kau lah tu. Tak perlu simpan dah. Jangan viralkan, jangan menagih simpati. Biarkan dia pergi. Ingat, anak-anak bukan buffer. Anak-anak akan tau siapa yang beri sumbangan lebih banyak dan besar untuk mereka menjadi orang. Kalau kau awesome, pasti laku lagi!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.