Bila aku terbaca tentang sebuah rumah menteri di Wakanda yang telah menggantikan set sofa mewah menggunakan dana awam, aku terkenang sahabat aku, Black Panther yang hanya duduk dan tidur di atas kajang mengkuang layu.
Dalam masa yang sama, aku teringat sebuah kisah dari riwayat yang sahih, yang aku kira boleh diambil tauladan oleh segenap lapisan masyarakat. Kisahnya bermula ketika Umar bin Khattab pergi menemui Nabi kerana hal Hafsah di rumah Nabi.
Sampai sahaja di rumah Nabi, terus menangis Umar yang dikenali seorang yang sangat tegas, gagah dan berani kerana melihat Nabi hanya tidur di atas tanah dan berbantalkan lengan.
Beliau terus menangis saat melihat Rasulullah tidur di atas tempat tidur yang seperti itu. Ketika melihat tangisan Umar, Rasulullah pun bertanya:
“Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”.
Umar pun menjawab: “Saya teringat Kisra (raja Persia) dan Kaisar (raja Romawi). Anda adalah Nabi Allah, tidur di tempat seperti itu. Sementara mereka tidur di atas ranjang-ranjang emas, dan pakaian mereka adalah kain-kain sutera yang bagus.”
Mendengar hal ini, Rasulullah SAW kemudian berkata: “Wahai Umar, apakah kamu tidak rela jika mereka hanya memperoleh hal itu di dunia saja, sementara nanti akhirat hanya akan menjadi milik kita?”
—-
Semoga kami yang tidak duduk di atas sofa Chesterfield diberi syurga yang lebih baik dari rumah menteri yang bermewah dengan jerih perih marhaen..