KITA HANYA MENYAMPAIKAN, MENERANGKAN, YANG BAGI FAHAM, TETAP ALLAH..

K

Ada seorang mamat yang gila glamour sentap bila aku tulis panjang-panjang menerangkan dan memberi justifikasi terhadap apa aku buat. Aku yang tulis, dia pula yang sentap.

Aku tak pernah kenal mamat tu selama ni. Aku memang taknak kenal pun orang yang menulis lawak-lawak cecupak dan hambar ni. Tapi sebab ada yang tag, aku terbacalah. Memang hambar, memang Cecupak.

Dia kata aku ni cari makan dengan Facebook (social media). Aku rasa kali ini, dia lupa whatsapp kawan dia untuk bertanya dan letak screenshot. Sentap teruk sangat ni. Macam biasa, aku akan menerangkan.

1. Memang itulah tujuan utama mana-mana platform media sosial dibuat iaitu untuk mendapatkan income. Justeru, memang orang berniaga yang dicari untuk spend ads. Staff diorang takda gaji gomen dari kerajaan.

2. Kalau aku hidup dengan berniaga atas page aku ini. Page-page, e-commerce, dan lain-lain tu nak buat apa. Staff-staff aku tu buat apa? Ingat aku founder product timbang kilo? Diorang dah buat kerja diorang. Aku ni tolong-tolong je.

3. Aku dah berniaga di luar media sosial sebelum masuk ke media sosial lagi. Dah berniaga, mestilah kena buat marketing di mana-mana tempat ada manusia. Takkanlah pendek sangat akal pasal marketing 101 ni.

4. Dengan “Aliff Ahmad” inilah aku terpaksa hadap berapa banyak saman sebab aku menyatakan kebenaran. Apa yang aku buat duit entah. Aku buang duit lagi adalah. Nak harap dia?

5. Aku boleh je tulis comel-comel, geli-geli, tunjuk-tunjuk baik, bubuh muka selfie duckface, buat lawak-lawak cecupak macam mamat tu. Tulis perkara-perkara yang kita tau semua orang akan suka. Sambil-sambil, aku menjual. Kan lebih ramai orang suka dan menguntungkan. Aku tak pilih buat begitu.

6. Aku memang dah decide, tujuan utama wall aku ini untuk aku sampaikan kebenaran. Educate masyarakat yang nak baca tulisan aku, bagi awarenes untuk kemaslahatan rakyat bagi yang sudi terima. Tolong orang ramai yang dalam kemampuan aku.

Dalam masa yang sama, wall aku, aku punya suka. Aku nak menjual ke, nak block sibodo dan taik ke, nak mengkritik ke, nak tulis pasal apa pun. Kalau aku memfitnah, boleh saman aku. Kalau aku mencarut, boleh caci aku. Macamlah rezeki tu datang daripada tulisan-tulisan aku. Bercakap macam takda tauhid.

Dia rasa dia tak berniaga dalam sosial media, dia steady. (Update : Tapi dia pernah melalak kena saman, mengemis dan buka tabung milo daripada netizen.) So, hakikatnya dia main sosial media untuk populariti sahaja. Lagi mental orang macam ni. Cuba nak tunjuk pandai, tapi gagal. Bila aku bagi justifikasi dia sentap. Kena saman, nangis. Lemah!

Ini mesti jenis masa sekolah takda cita-cita pun nak jadi apa dia buat hari ni. Lepas SPM atau matriks taktau nak jadi apa, pilih jadi kerjaya tu atau kena lelong. Sebelum SPM nak jadi doktor, engineer, akauntan, farmasis, saintis. Lepas SPM, cita-cita kena adjust.

Itu yang nampak kurang akal sedikit berbanding mereka-mereka yang dari awal sudah bercita-cita nak dapatkan karier tu. Mereka-mereka yang dari awal memang berjiwa dengan pekerjaan itu memang cool. Tak melalut nak jadi ahli Cecupak!

Setakat ini, aku masih berdiri teguh di atas prinsip aku. Bercakap benar, hadap kebenaran yang aku sampaikan walau dicabar di mahkamah. Tidak mencarut dan memaki hamun orang. Tidak memfitnah.

Apa pun, kita sendiri tahu apa niat kita. Kerja kita hanya menyampaikan, dan menerangkan. Yang bagi faham, tetap Allah. Jangan lupa, rezeki juga dari Allah bukan dari sosial media.

Ohya, apa aku buat sebenarnya? Sebenarnya aku dah dapat benda yang aku nak dalam hidup aku. Segala business-business aku yang ada ni bukan untuk aku pun. Lebih kepada untuk staff-staff aku. Kalau ada yang berminat nak beli business-business aku. PM tepi. Kita nego sampai jadi!

😉

ps : Jangan sentap pula aku bagi penerangan. Nah, muka duckface satu!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.