KITA TELAH MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN MELAYU! KITA TELAH BANTU RAMAI ORANG MELAYU MENJANA PENDAPATAN..

K

Mana korang boleh dengar script ni?

1. Syarikat-syarikat MLM milik bukan Bumi. Sebagai contoh, Luxor dan Zhulian.
“Walaupun boss-boss kita di atas sana bukan Melayu, tetapi kita telah melahirkan ramai jutawan-jutawan Melayu di sini. Apa khabar bakal jutawan hari ini?”

2. Syarikat-syarikat psuedoscience.
“Biar apa orang kata, kita dah bantu ramai orang Melayu meningkatkan pendapat dengan menjual ‘pen berbulu ajaib’ ini. Mereka di luar sana dengki dan hasad dengan kejayaan kita.”

3. Atomy made in Korea.
“Ramai leader-leader dan ahli-ahli dah berjaya, semua orang kita, siap bayar zakat lagi. Kita mampu buat macam mereka, kita menumpang dalam masa yang sama kita bagi manfaat dekat ummah.”

4. Kosmetik timbang kilo
“Agent-agent kami semua Melayu. Kenapa dengki sangat ni.”

5. Guru marketing.
“Walaupun PhD dia palsu, dia dah banyak tolong anak bangsa kita berjaya.”

6. Guru saham.
“Dia dah ajar ramai anak bangsa, ramai dah tersontot tak kaya-kaya, tapi kena dengki? Dia pakai coat kot!”

——-

Tolonglah jangan jadi straw man yang bermain falasi bila nak argue dengan fakta dan data. Ini, anak jadi doktor pun nak cerita. Untuk apa?

Ya, kita tau semua business menjadi ekonomi, micro dan macro. Tapi aku tak cerita bab tu. Dan aku tak pernah kempen begitu.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.