1. Solat tarawih adalah solat malam pada bulan Ramadhan.
2. Tiada istilah solat tarawih di zaman Nabi. Dalam riwayat hadis, semuanya disebut dengan nama solat malam.
3. Terma solat tarawih datang dari perkataan rehat-rehat untuk membezakan dengan solat malam lain seperti witir dan tahajjud.
4. Solat tarawih sama seperti solat malam lain iaitu 2 rakaat, 2 rakaat.
5. Tiada had rakaat.
Berikut merupakan dalil-dalil berkaitan solat tarawih.
1. Kelebihan solat tarawih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Abu Huraira radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang menghidupkan (malam) Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[HR Bukhari]—-
2. Solat tarawih bukanlah solat wajib, boleh dilakukan di masjid, dirumah, berjemaah dan seorang diri.
عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ ذَاتَ لَيْلَةٍ ، فَصَلَّى بِصَلَاتِهِ نَاسٌ ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا أَصْبَحَ ، قَالَ : قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ ، فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ ، إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ، قَالَ : وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ ” .
“Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam solat di masjid pada suatu malam, dan orang ramai pun solat bersama baginda. Kemudian pada malam seterusnya baginda mendirikan solat lagi dan jemaah semakin ramai. Kemudian pada malam ketiga atau keempat orang ramai sudah berkumpul tetapi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar untuk solat bersama mereka. Apabila hari telah siang, baginda berkata: Aku melihat apa yang kalian lakukan, tidak ada apa yang menghalang aku daripada keluar mendirikan solat bersama kalian melainkan kerana aku takut ia akan diwajibkan ke atas kalian. Perawi berkata: Hal ini berlaku dalam bulan Ramadhan.
[HR Muslim]—-
4. Solat tarawih lebih afdhal berjemah
عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي رَمَضَانَ فَلَمْ يَقُمْ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنَ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ فَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ . قَالَ ” إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ ” . ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ بِنَا وَلَمْ يَقُمْ حَتَّى بَقِيَ ثَلاَثٌ مِنَ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا فِي الثَّالِثَةِ وَجَمَعَ أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ حَتَّى تَخَوَّفْنَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلاَحُ . قُلْتُ وَمَا الْفَلاَحُ قَالَ السُّحُورُ .
Abu Dzar radiallahu ‘anhu berkata: Kami puasa bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak bangun mendirikan solat (tarawih) bersama kami sehinggalah Ramadhan hanya tinggal tujuh hari sahaja. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun mendirikan solat (tarawih) bersama kami sehingga berlalunya sepertiga malam.
Kemudian apabila malam keenam akhir Ramadhan, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendirikan solat (tarawih) bersama kami. Pada malam kelima akhir Ramadhan, baginda mendirikan solat (telarawih) bersama kami hingga berlalunya separuh malam.
Aku (Abu Dzar ) berkata: Bagaimana jika kita penuhkan baki malam ini dengan solat sunat?
Baginda menjawab: Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, ditulis untuknya (ganjaran) menghidupkan keseluruhan malam.
Kemudian, baginda tidak solat (tarawih) bersama kami hinggalah masuk malam ketiga akhir Ramadhan, lalu baginda pun solat bersama kami pada malam ketiga akhir itu. Baginda mengumpulkan ahli keluarganya dan isteri-isterinya (untuk solat tarawih berjemaah) hingga kami takut-takut jika akan terlepas al-Falah. Seorang perawi bertanya: Apa maksud al-Falah. Dia menjawab: “Sahur.”
[HR an-Nasaie]—-
5. Cara solat tarawih
Oleh kerana solat tarawih termasuk dalam solat-solat malam. Maka ia dilakukan dua rakaat-dua rakaat tanpa sebarang batasan atau had jumlah rakaat.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ ، مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ ؟ قَالَ : ” مَثْنَى مَثْنَى ، فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى ، وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ : اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ وِتْرًا ، فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِهِ ” .
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda di atas minbar: Apakah pendapat engkau tentang solat malam. Baginda menjawab: Dua rakaat, dua rakaat. Apabila takut akan masuk waktu Subuh, solatlah satu rakaat untuk mengganjilkan bilangan rakaat solatnya. Baginda juga berkata: Jadikanlah akhir solat kalian witir, sesungguhnya baginda menyuruh begitu.
[HR Bukhari]Kesimpulan:
1. Solat terawih ialah merupakan solat sunat di waktu malam. Diantara selepas solat Isyak dan Subuh.
2. Antara yang menarik adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mendirikannya secara berjemaah di masjid pada bulan Ramadhan, sedangkan pada bulan-bulan lain ia tidak berlaku.
3. Solat tarawih secara berjemaah telah disyariatkan di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lagi. Ia bukan perkara baru yang ‘Umar radiallahu ‘anhu reka. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukannya berjemaah secara berterusan kerana takut ia diwajibkan.
4. Kita digalakkan solat mengikut imam sehingga selesai.
5. Cara menunaikan solat tarawih adalah seperti solat sunat biasa tiada aturan khas dengan surah tertentu dan lafaz tertentu.
InsyaAllah, amalkan sampaikan. Siapa sedia?
Wallahua’lam.