KURMA NABI? SUATU PERSOALAN. BENARKAH WUJUD KURMA NABI?

K

KURMA NABI? SUATU PERSOALAN.

BENARKAH WUJUD KURMA NABI?

Selalu kita dengar penjual kurma akan claim tentang kurma Nabi dan sunnah makan kurma atau tamar. Adakah benar dakwaan tersebut?

Tentang kurma Nabi, jawapannya adalah Nabi tak pernah tinggalkan kita kurma, biji kurma, mahupun pokok kurma. Tapi hanya tinggalkan kita kitabullah (al-Quran) dan as-Sunnah (hadis sahih). Maka kurma Nabi, telah Nabi makan. Yang dijual itu adalah kurma milik penjual.

Manakala kenyataan kurma adalah makanan sunnah pula juga tidak tepat. Banyak lagi makanan yang Nabi makan selain kurma, Nabi makan kambing, roti, dan macam-macam lagi. Nabi makan kurma kerana Nabi dari negeri padang pasir, tiada durian di sana. Jadi kurma adalah makanan bangsa arab, bukan makanan sunnah. Bahkan ramai ulama’ mengecam kalam “makanan sunnah” digunakan!

YANG BENAR TENTANG KURMA DAN NABI?

Yang benar lagi sahih tentang hubungan Nabi dan kurma boleh didapati dalam hadis-hadis yang sahih.

Yang pertama adalah berbuka puasa dengan ruthab atau tamar (kurma).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ “

Dari Anas bin Malik, dia berkata :

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum solat dengan ruthab (kurma basah), jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air.”

(HR Abu Daud)

Yang kedua pula adalah amalan memakan kurma ajwah 7 biji setiap pagi yang dianjurkan oleh Nabi.

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”

(HR al-Bukhari)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di dalam bab kelebihan tamar Madinah menyatakan bahawa hadis-hadis ini menunjukkan kelebihan tamar Madinah dan Kurma Ajwah. Juga kelebihan memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi. Dan kelebihan ini hanya buat kurma Ajwah Madinah sahaja, serta bukan pada kurma-kurma yang lain. Manakala, bilangan 7 biji termasuk di dalam perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT akan hikmahnya. Adapun kita wajib beriman dan menerimanya, serta meyakini akan fadilatnya (adalah benar) dan ada hikmahnya (akan perkara tersebut), sebagaimana ketetapan terhadap bilangan solat, kadar nisab di dalam zakat dan lain-lain.

[Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3)]

—-

Yang nyata sunnah sebenarnya adalah :

1. Berbuka buka puasa dengan kurma.

2. Amalan makan kurma ajwah Madinah 7 biji setiap hari.

—-

Dari dulu, aku memang mencari-cari orang yang jual kurmah ajwah dari Madinah. Aku tahu, kurma ajwah kualiti baik juga dipanggil “ajwah jumbo”, buahnya gemuk-gemuk dan harga retailnya dalam RM120/kg. Sebagai rakyat marhaen, aku tidak mampu.

Isu kedua adalah, adakah ajwah yang dijual itu benar-benar dari Madinah, berkualiti tinggi dan harga berpatutan. Oleh sebab itu, aku hanya tunggu dan lihat sahaja kurma ajwah dijual di Malaysia.

Baru-baru ini, guru technical analysis kami telah kenalkan aku dengan sahabat beliau, tauke ladang ajwah dari Madinah. Guru aku ini tinggal di Saudi selama 6 tahun, dihormati kerana ilmu technical-nya yang superb dan sifat zuhud serta waraknya walaupun beliau seorang multimillionaire senyap. Sahabat beliau pula kenalkan kepada kami dengan main distributor kurmanya di Malaysia.

Dengan ta’dil guru kami yang mulia. Maka isu 1 dan 2 aku tadi telah selesai dengan perkenalan ini. Bahkan beliau juga menawarkan untuk kami import direct darinya dan datang sendiri ke ladangnya selepas isu Covid-19 ini selesai. Aku telah minta mereka jadi vendor di Ifmal dan mereka juga setuju.

Selain ajwah, beliau juga menanam kurma Safawi di Madinah dan mengimport kurma Medjoul dari Palestin. Kata beliau kurma Medjoul itu mahal sedikit kerana kos logistik dari Palestin agak mahal, tapi untuk menolong sahabat beliau di Palestin dan demi membantu ekonomi Palestin, beliau ambil juga. Safawi dan Medjoul dia bukan biasa-biasa bro! Montel-montel!

Vendor kurma kami ini telah meletakkan 3 jenis kurma untuk dijual di Ifmal.com.

1. Ajwah Madinah Jumbo
2. Safawi Madinah Jumbo
3. Medjoul Palestin XL Jumbo

Harganya memang berpatutan dengan kualitinya yang dijamin. Kalau korang nak rasa kurma ajwah madinah, boleh klik terus sini terus..

https://ifmal.com/category/groceries/dried-fruits/?irt=1758

https://ifmal.com/category/groceries/dried-fruits/?irt=1758

https://ifmal.com/category/groceries/dried-fruits/?irt=1758

Tentang khasiat kurma ini, korang jangan tanyalah. Boleh google sendiri kot kan? Orang Arab Badwi boleh hidup tengah padang pasir dengan kurma je. So, kau faham-faham jela. Siang berpanasan, malam still perform bro!

Ohya, ada 1 tips yang telah diajar untuk pengurusan kurma, kalau rasa kurma tu ada masalah, jangan buang, jemur di luar rumah dengan berlapik kain kasa. InsyaAllah boleh makan balik. Orang Arab padang pasir tak simpan kurma dalam peti ais katanya!

Untuk korang yang nak amalkan ajwah 7 biji setiap pagi, atau amalkan berbuka puasa dengan kurma berkualiti premium. Klik link di bawah.

https://ifmal.com/category/groceries/dried-fruits/?irt=1758

#HEILB40
#KURMANABISUDAHDIMAKANNABI

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.