LAGI HARGA AKU KENA BAYAR UNTUK MEMBELA NASIB DAN BERSUARA UNTUK ADIK BELLA MENDAPAT KEADILAN!

L

Hari ini hari Sabtu. Aku dihubungi oleh seorang pemuda. Katanya dia runner nak hantar surat daripada mahkamah. Aku terus reply,

“Mahkamah ke firma guaman. Hantar jelah ke office saya, saya tak lari mana pun.”

Aku bukan bacul nak lari ke negara luar untuk mendapatkan suaka bagi menyelamatkan diri. Aku bukan peminta sedekah untuk menyaman kerajaan. Bukan juga penghina Nabi atau pencela lebai daiyus.

Selepas aku terima, terus tergelak aku. Celah mana yang subjudice-nya? Ohya, kali ini cubaan saman komital daripada Siti Bainun dibuat melalui firma Khalisa & Co milik Khalisa Badrul Amini.

Rasanya posting aku yang cuba dikomit langsung tiada mempertikaikan hakim, mahkamah dan pembelaan. Lebih kepada komentar orang awam tentang cara siasatan dan dokumentasi bukti pihak polis yang dibawa ke mahkamah yang dikeluarkan di akhbar.

Rujuk link sini :
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/285932790399542/?d=n

Langsung tiada niat secara langsung atau tidak langsung untuk mengganggu perbicaraan yang sedang berjalan. Bahkan aku secara peribadi sangat suka dan berpuas hati dengan hakim yang sedang mengadili kes adik Bella ini.

Hakim itu sangat gentleman, steady dan dilihat sangat peka dengan kes ini yang telah menjadi national interest. Aku percaya beliau boleh memberi keadilan yang baik. Untuk pengetahuan korang, ini kali kedua Siti Bainun cuba menggertak aku melalui saman komital yang mana saman pertama dia telah kalah dan gagal.

Selain itu, mereka juga telah buat laporan polis terhadap aku, Asiah Jalil telah menyaman aku, Aminahtul juga menyaman aku, menjadikan aku menerima 5 “gertakan” supaya aku senyap barangkali.

Aku tak nampak posting tersebut bersifat subjudice, yang jelas patut dikomital ialah peguam Tiktok Hafidzah Hassan tempoh hari tu. Dia terang-terang telah buat subjudice. Tapi, malangnya DPP kita pejam mata sahaja. Tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh DPP kita. Yang menjadi mangsa adalah saksi-saksi adik Bella yang diganggu, difitnah dan dimalukan. Sepatutnya DPP kenalah jaga saksi-saksi bukan?

Aku difahamkan bukan aku seorang sahaja yang kena, ada lagi yang kena. Aku harap Kak Mona pun kena sekalilah. Mana boleh aku kena sorang-sorang kan. Siapa nanti nak beraya sekali dengan aku di mahkamah nanti?

Setakat ni, bala dan cabaran #JusticeForBella ni, aku dah mendahului Kak Mona dengan skor 5-2. Yang menariknya, peguam Khalisa ini, jika dibuat carian, dia ialah peguam anak didik peguam Hafidzah. Probono juga ke?

Apa pun, aku berpandangan cubaan komital ini hanyalah untuk mendiamkan aku dan mengganggu hakim yang sedang menjalankan tugas dengan baik. Nak tambah lagi kerja hakim buat apa?

Aku nasihatkan korang-korang semua supaya berhati-hati, puak sana tu cepat koyak dan suka saman-saman. Maklumlah, diorang kan ramai peguam-peguam yang taat dan setia untuk Bainun.

Apa choice yang aku ada? Kena hadap jela. Kadang-kadang aku rasa proses mahkamah ini boleh disalah gunakan oleh ahli-ahlinya atau mereka yang punya lebihan wang untuk menindas rakyat marhaen whistle blower dan menyekat suara keadilan yang mahu melawan kezaliman.

Tak gitu? Apa-apa pun, korang doakan jela aku!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.