lagi pasal isu bitcoin

l

Semalam gua sembang-sembang pasal lebai. Lepas tu terselitlah pasal mufti (majlis fatwa) wilayah haramkan bitcoin.

Gua sebenarnya malas dah nak jawab, tapi nasib gua ni macam nilah. Ditanya tentang tentang hal-hal beginilah.

Yang syoknya siap tunjuk gambar yang ada Dr. Rora dan lebai kerusi VIP Abu Hafiz (mantan belaan Shahidan Kassim).

Beginilah. Gua ni bukan suka sangat mengajar. Tak pandai pun mengajar. Mencarut je pandai. Biasa untuk blockchain/crypto project consultation fee, gua charge RM10,000/hour. Take it or leave it.

Mahal? Mana ada, gua ikut rate oversea la. Company gua bukan company Malaysia. Client gua dari sana kan. USD2500/hour je. Supaya sejam meeting akan selesai segala isu-isu yang sepatutnya dibincangkan. Takda buang masa. Jadi lu orang taulah value masa gua berapa kan?

Gua dengan sahabat gua Fdaus Ahmad telah offer jabatan mufti wilayah sebelum ini untuk kami terangkan kekusutan since sahabat gua, Dr. Kamilin bagitau gua ramai yang duk tanya dan mufti masih tawaqquf. Disebabkan gua sendiri mempunyai hubungan akrab dengan mufti, jadi kami pun pergilah.

Disebabkan kami bukan artis atau selebriti, jadi kunjungan kami tak keluarlah di FB mufti. Kami bukan juga penerbit filem. Siapalah kami untuk diberi tazkiyah dan ta’dil di FB mufti. Niat gua satu ja ketika itu, gua nak make sure mufti kesayangan gua ni, mengeluarkan fatwa yang power dengan input yang sahih.

Usaha tidak berakhir di situ, ketika seminar blockchain kebangsaan, Dr. Abu Aisyah Yat Saaidal juga telah menjemput jabatan mufti untuk hadir. Malangnya, seorang wakil pun tidak dihantar. Selepas itu fatwa dikeluarkan. Gua telah kritik setiap hujah fatwa tersebut yang dilihat sangat tidak ilmiah dan bertentangan dengan akal manusia yang sihat lagi progresif.

Lebih mengejutkan mufti dan rakan-rakan boleh bersama-sama menonton filem dan memberi komentar seolah-olah memberi tazkiyah atau ta’dil tentang keharusan filem Polis Evo II. Ketika itu gua baru sedar, rupanya Islam memang tidak mesra ilmu dan teknologi. Islam lebih mesra hiburan.

Mereka sanggup keluar menonton seminar yang membariskan pembentang seperti Zizan Razak dan Erra Fazira. Tetapi mereka tak sanggup hantar walau seorang wakil ke seminar akademik yang dibarisi oleh para pengkaji dan ahli akademik yang memilik Phd. Alasan dakwah sangat cliche, adakah pemain kripto tidak perlu didakwah dan didekati?

Gua bagitau sahabat gua yang bertanya tu, gua rasa elok gua jadi pembikin filem daripada membangunkan teknologi. Dia gelak, gua sekali lagi ulang kenyataan yang biasa gua sebut, walaupun gua tak suka Wan Ji, tapi gua sangat setuju institusi agama wajar ditutup kerana ia hanyalah sebuah pembaziran atas nama agama.

Buat sahabat-sahabat yang mau bikin bisnes. Bercita-citalah menjadi pembikin filem. Itu lebih dekat dengan agama barangkali. Ataupun, didiklah anak-anak lu orang bercita-cita menjadi lebai, kerna ramai juhala’ yang akan “menyembah” anak-anak itu kelak.

Akhukum fillah abadan abada.

#bittaufiq
#tilljannah

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.