LANGGAR KANAK-KANAK DAN REMAJA-REMAJA BASIKAL LAJAK

L

Nyawa manusia sangat berharga hatta 1 nyawa. Jadi apa-apa kemalangan yang menyebabkan kematian perlulah disiasat punca dan penyebab utama.

Aku juga seorang pemandu kereta, seringkali pulang lewat malam. Aku selalu sahaja berdepan dengan sekumpulan anak-anak muda dengan basikal lajak, juga anak-anak muda dengan motosikal.

Aku juga pernah hampir hendak terlanggar kumpulan basikal roadbike dan mtb. Mereka memenuhi jalanraya macam segerombolan kambing pulang petang.

Kes baru-baru ini adalah kematian menyebabkan 8 remaja daripada 30* orang. Ada yang cacat kekal. Dikatakan kejadian kemalangan itu sekitar 2 pagi.

Aku rasa di kalangan kita semua, ramai je pernah lumba haram, jadi mat rempit, hari ini ada yang jadi orang yang berguna. Cuma mungkin zaman kita takda basikal lajak.

Aku juga tak terkecuali. Walaupun dihalang oleh ibubapa ketika itu. Kami remaja berani mati ketika itu, mungkin itulah hiburan kami pada waktu itu. Lagipun, mereka yang pernah hidup dalam keadaan miskin bandar sangat faham cara berfikir budak-budak ini.

Aku tak kata mereka betul. Kalau boleh dihukum mereka, wajib dilakukan. Tapi aku rasa mereka tetap wajar diberi peluang untuk hidup. Jika mereka jahat mana sekali pun, adakah mereka boleh dibunuh atas alasan mereka salah.

Aku suka membaca hujah yang menyokong kematian remaja-remaja itu. Aku rumuskan begini,
1. Jalan raya bukan tempat riadah.
2. Siapa suruh keluar pukul 2,3 pagi.
3. Jalan gelap, dia tak nampak.

—-

Bagi menjawab logik alasan tersebut, biarlah kita berlaku adil.

1. Jika jalan raya bukan tempat beriadah, maka kumpulan basikal roadbike dan mtb juga patut dihalang.
2. Aku taktau pula ada undang-undang yang remaja-remaja tak boleh main basikal atau keluar lewat malam. Ia mungkin salah dari sudut disiplin, adakah dari sudut undang-undang?
3. Biasanya budak-budak ni pun takdalah main dekat tempat jalan yang gelap. Aku dah selongkar Youtube, jalan biasanya ada lampu dan berbukit. Diorang ni suka turun bukit.
4. Kenapa 2 pagi? Sebab masa tu takda banyak kereta. Mungkin kita patut tanya balik, kenapa yang melanggar tu balik jam 2 pagi? Kerani apa balik jam 2 pagi. Balik parti ke balik mabuk?
5. Tak nampak bukan alasan. Kereta ada lampu. Unless kau bawa laju, mengantuk atau mabuk.
6. Konvoi 30 orang ni besar. Bukan sikit. Kalau bawa dengan cermat, tak laju, aku tak rasa akan ada kehilangan nyawa. Aku percaya ia rempuhan yang kuat dengan kelajuan yang munasabah untuk membunuh.

—-

Kalau orang melanggar itu dikenakan hukuman mati, aku juga tidak setuju. Aku kira dia didenda dan dipenjara itu dah sangat wajar dan perpatutan. Kesalahannya bukan niat nak membunuh.

Amat tidak wajar pandangan-pandangan yang seolah-olah mengizinkan remaja-remaja itu dilanggar dan maut sedemikian rupa.

Jika dilepaskan, mungkin selepas ini ramai lagi yang akan dilanggar dengan alasan yang sama. Aku rasa 8 nyawa hilang bukti ia rempuhan yang kuat dan panjang.

Aku pernah “bowling” sekumpulan mat rempit, disebabkan ia terjadi dengan kelajuan yang tidak laju dan terkawal. Langsung tiada kematian dan kecederaan parah. Hanya kecederaan ringan sahaja pada mereka.

Aku sangat gerun melihat beberapa komen yang seolah-olah nyawa remaja-remaja basikal lajak tiada nilai dan boleh dihabiskan dengan alasan yang sangat cliche.

Aku percaya ibubapa mereka juga tidak pernah setuju atau redha pun anak-anak mereka merayau dan bermain basikal sedemikian rumah tengah malam. Mana ada ibubapa nak anak dia mati.

Inilah faktor sosial yang kita kena ambil maklum. Ibu ayah kuat bekerja siang hari, malam terlepa dan terlena. Mungkin mereka tidak tahu pun anaknya keluar malam.

Kadang-kadang aku sakit hati dengan budak-budak basikal lajak, dan mat rempit ni, sampai pernah rasa macam nak langgar je. Mungkin aku boleh bagi alasan macam yang diberikan dalam pembelaan.

Tapi bila aku kenang zaman aku remaja, aku muhasabah balik. Aku sedar, mereka sedang membesar, mereka kebanyakannya pasti daripada keluarga urban poor. Itulah mungkin hiburan mereka. Akulah kena lebih berhati-hati.

Jangan bawa laju-laju, kena alert, jangan main phone masa memandu dan tidak mabuk. Kalau terjadi pun kemalangan impaknya tidaklah melibatkan kehilangan nyawa.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.