LAYBY – KONSEP PEMBAYARAN DI AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND KINI DI MALAYSIA!

L

Ramai pula orang pm tanya pasal Layby sebab semalam aku ada share. Rujuk :
https://www.facebook.com/100011300684188/posts/1310279862692024/?d=n

Untuk korang mendapatkan penjelasan ilmiah, pihak Layby.my dah ceritakan di sini :
https://www.facebook.com/2207166116236444/posts/2995865114033203/?d=n

Aku pula nak cerita dari perspektif aku. Korang bolehlah baca kalau berminat. Tak minat, jangan baca. Sebab membaca ini budaya orang terpelajar dan membaca tulisan ilmiah adalah bukti kau orang bijak-bijak.

Korang tau kan, aku tinggal di Australia selama hampir lebih 10 tahun sebelum memutuskan pindah ke Wakanda. Jadi pastilah aku terbiasa dan teringat perkara-perkara yang baik di negara koala, kangaroo, wombat dan platipus tersebut.

Antara perkara yang best di Australia adalah terdapat konsep “Layby” iaitu suatu konsep pembayaran secara ansuran tanpa interest dan melibatkan credit score. Ia ibarat pre-order bayar ansur-ansur, habis bayar dapat barang. Itu saja.

Konsep pembelian dan pembayaran ini biasanya digunakan oleh mereka yang bijak merancang kewangan dan cashflow mereka. Asalnya, Layby akan dibuat beberapa bulan sebelum Xmas dan birthday. Sang ayah atau ibu akan ke shopping mall untuk Layby birthday present atau Xmas present yang akan disambut 3-4 bulan lagi.

Tetapi kini, cara Layby ini telah digunakan secara meluas bukan saja untuk hadiah Xmas mahupun birthday, tetapi juga untuk membeli barangan berjenama secara terancang (planned) seperti jenama mixer terkenal Kitchen Aid, vacuum cleaner Dyson (cordless) dan macam-macam lagi. Selain itu, Layby juga digunakan merancang barangan kelahiran baby, hadiah perkahwinan dan untuk hari-hari peringatan lain.

Biasanya, ibu atau ayah akan pilih barangan yang hendak dibuat hadiah, kemudian memilih untuk Layby selama 3 bulan, 6 bulan atau 9 bulan dan seterusnya. Setelah barangan tersebut dah dipilih, pihak penjual akan “book” dan simpan. Kemudian peLayby mula membayar secara ansuran setiap bulan mengikut kontrak yang telah dipersetujui. Habis saja bayar ikut kontrak, mereka akan ambil barangan tersebut dan dihadiahkan kepada orang tersayang atau diri sendiri.

Konsep ini dikatakan terbaik kerana tidak melibat hutang. Ya, peLayby tidak dianggap berhutang dengan penjual. Jika gagal membuat pembayaran sekalipun, tiada credit score yang akan terjejas. Tidak seperti system buy now pay later (BNPL) yang akan merosakkan credit score anda. Jika peLaby gagal bayar, mereka masih boleh refund sebahagian amount selepas ditolak kos pengurusan dan penyimpanan.

Ibarat kau beli rumah dari developer dan bayar cash. Rumah belum dapat, kena bayar stagged payment. Tapi bila kau dah tak mampu, kau boleh give up je. Developer akan refund setelah ditolak sebahagian dari cost mereka seperti time-value money losses. Itulah qiyas paling sesuai untuk kaedah pembayaran Layby ini. Dari sudut syariah pula, konsep Layby ini adalah Bai’ al Salam. Rujuk sini :
https://www.facebook.com/2207166116236444/posts/2984981325121582/?d=n

Secara mudahnya, Layby adalah konsep pembayaran yang mendidik kita mengawal cashflow kita daripada terjebak dengan hutang dan overspending. Kita boleh rancang pembelian kita dengan Layby. Kita tahu bila birthday anak-anak kita, isteri-isteri kita. Kita tahu bila isteri kita hendak bersalin.

Hari lahir (birthday), ulangtahun perkahwinan (anniversary), due date baby lahir, hari pertunangan, hari perkahwinan, hari ibu, hari ayah, hari raya adalah hari-hari yang kita boleh rancang untuk menggunakan Layby selain dari meLayby barangan yang tidak urgent.

Selain dari PS5 yang dah dapat tu, aku juga sedang Layby,
1. Dyson V8 untuk birthday mak aku tahun depan.
2. Perfume yang aku jangka akan habis lagi 1 tahun.
3. 2 set pengurusan jenazah sebagai tanda mengingati kematian untuk mak dan ayah aku.

Kalau korang nak jadi bijak cam aku merancang cashflow, korang boleh mula Layby!

Click link di bawah!
https://layby.my/r/150494

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.