LEBAI KUTIP DERMA BUAT LAGI PERANGAI LAMA..

L

Semalam Kaklong kami, Mona Din kasitau aku yang Ustaz Khairul Anuar Basri (UKAB) kembali mengutip derma dengan modus operandi yang tidak berapa clear.

Beberapa bulan lalu kami telah menegur dia dan dia tampil menghubungi Kak Mona dengan janji yang tidak akan mengutip lagi derma dengan cara yang dipertikaikan melalui NGO keluarga dia.

Aku di sini nak memberi 1 pandangan sahaja. Pada aku, UKAB ini cuba menunjukkan (potray) dirinya sebagai seorang usahawan ummah yang berjaya. Pada aku agak janggal bagi seorang usahawan ummah yang berjaya asyik meminta-minta derma kepada umum. Lebih wajar dia sendiri yang menderma. Betul tak?

Aku tak pernah dengar lagi kisah Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan Rhum atau sahabat-sahabat lain yang kaya-kaya menjadi agent mengutip derma.

Kadang-kadang aku rasa, kalaulah Warren Buffet ni ada iman, tiada siapa yang mampu mengalahkan dia di zaman ini. USD30b diberikan kepada Yayasan Melinda dan Gates macam tu je.

Bukan dia letak ke yayasan dia sendiri. Dia bagi ke yayasan yang dia takda control langsung. Tak macam Zahid Hamidi, tak macam Syed Mokhtar al-Bukhary.

Pada aku, kalau nak jadi broker derma, buatlah. Tapi biarlah telus. Mana auditnya? Berapa masuk, berapa keluar? Berapa kau sauk management fee?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.