Telah disahkan kehilangan beberapa nyawa berlaku, telah dibuktikan Gunung Inas digondolkan melalui sekian banyak footage.
Ramai gila orang pm aku, minta aku komen. Aku malas nak komen. Aku tertunggu-tunggu juga lebai-lebai membacakan dalil dengan segala kaedah fiqh dan usul fiqh untuk mengkritik atau pun mengulas isu ini.
Malangnya macam sunyi, sendu dan sepi. Ohya, gaji dan elaun mereka dibayar oleh pihak tersebut barangkali. Mungkin sayangkan jawatan dan prestij jawatan. Maka haramlah kot berbunyi. Inilah bukti pepatah Wakanda yang popular itu benar.
“A dog never bites the hand that feeds him.”
Korang nak harapkan lebai-lebai ni membela nasib kita? Bersuara untuk kita? Mengeluarkan pandangan atau memilih fatwa yang menguntungkan kita dan merugikan tuan mereka?
Allah telah mengecam dan mengherdik mereka ini dalam Surah al-A’araf 175-177.“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.”
“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”
“Amatlah buruk bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.”
Apabila rakan-rakan aku tunjukkan pandangan-pandangan lebai yang menjilat dan mengampu pihak-pihak yang aku kritik, secara langsung atau tidak langsung. Aku akan jawab,
“Biasalah syaikh, depa pun cari makan. Pandangan ada banyak, depa pilih pandangan yang kena dengan selera tuan depa. Kita lah yang kena cerdik menilai pandangan dan memilih pandangan. Dalam kubur nanti, kita akan dipertanggungjawab terhadap diri kita sahaja. Biarlah mereka dengan labu-labu mereka.”