LELAKI DAIYUS TIDAK MASUK SYURGA!

L

Lelaki Daiyus tidak akan masuk syurga (لايدخل الجنة ديوث)

1. Ada banyak hadis yang menyebut bahawa lelaki yang daiyus tidak akan masuk ke syurga dan larangan berbuat daiyus.

Maksud daiyus ialah lelaki yang membiarkan isteri dan ahli keluarganya (di bawah tanggungjwabnya) berbuat maksiat.

Orang lelaki perlu menjadi pelindung kepada isteri dan keluarganya. Dia sepatutnya menjaga mereka bukan sekadar daripada bahaya dunia tetapi juga daripada api neraka.

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka….” (At-Tahrim : 6)

2. Lelaki yang membiarkan isteri, anak gadis dan wanita dalam ahli keluarganya membuat perkara yang haram, menyalahi syarak, menulis kenyataan yang pelik-pelik, mengucapkan perkara yang tidak wajar dan menyalahi agama adalah dianggap daiyus. Menghina suami secara terbuka, mencaci ayah kepada suami, dan menghina Nabi, jika dibenarkan dan didiamkan, memang jelaslah kedaiyusan walaupun dia tunggang terbalik sujud 5 waktu di masjid.

3. Orang lelaki tidak perlu takut atau berusaha untuk mencari perhatian wanita, sebaliknya lelaki perlu memimpin mereka agar menjadi muslimah yang bertaqwa. Tak guna kau berbicara tentang kepimpinan Islam dan pemerintahan Islam jika diri sendiri daiyus dan takut bini. Undi bulan belum tentu masuk syurga, tapi daiyus pasti neraka.

4. Wanita memerlukan lelaki seperti lelaki memerlukan kepada wanita. Namun pada hari ini hanya kelihatan orang lelaki yang terlalu kemaruk kepada wanita berbanding sebaliknya. Hal ini perlu diubah.

Orang lelaki perlu berani berkata ‘STOP, ENOUGH’ dan ‘LISTEN’ kepada kaum wanita.

Tidak perlulah pakai kaki dan tangan atau memukul mereka. Itu perbuatan orang hilang akal. Itu pun daiyus juga.

5. Lelaki perlu diperkasakan kembali, semangat perwira dan pendekar perlu disemai semula agar bersemi dengan syariat Allah lalu menjadi ‘rijal-rijal’ di jalan Allah.

Caranya orang lelaki perlu sibuk dengan ilmu, tambah pengalaman seperti mengembara, mencari rezeki dan meluaskan pengetahuan.

Biarkan perempuan tergila-gilakan, namun usah dilayan wanita yang hanya ingin menjadikan kita sebagai hamba perasaan mereka.

6. Apabila sudah menjadi orang yang berkebolehan, bantulah golongan yang lemah, membela mereka yang ditindas dan menjadi muslim dan mukmin yang bertaqwa.

Kemudian minta bonda pilihkan pasangan, biar beratur perempuan di depan rumah. Biar masing-masing minta simpati untuk dipilih sebagai teman dan isteri.

Ketika itu carilah yang ikhlas dan merendah diri, yang sedia berkhidmat sebagai ibu dan isteri. Adapun yang berlagak macam profesional dan macam hanya dia seorang yang boleh bercakap ‘English’ atau bekas pendebat di sekolah atau universiti.

Tunjukkan jalan ke ‘toilet’ atau kubur yang berhampiran.

7. Berpoligami atau tidak, itu pilihan dan kemampuan masing-masing, sesuai dengan keperluan dan keadaan individu tersendiri.

Namun jangan sampai diikat hidung oleh isteri kerana daiyus dan bimbang dengan ugutan, konon takut kena tidur luar, terpaksa makan mi maggi dan minta cerai. Mungkin juga diancam saman atau jika bercerai, akan dipisahkan dengan anak-anak.

Bukan lelakinya namanya jika takut kepada isteri, taat kepada isteri, ditunggang dan dirantai isteri.

Roh pendekar dan pejuang masakan takut bini..

Mana mungkin lahir dari generasi ini, pembebas Baitul maqdis jika masih gentar dengan ancaman feminis!

(Artikel ini asalnya ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad, aku touchup ikut kepala aku sikit.)

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/396563912369009

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.